Connect with us

Resepi

Resepi Mudah Puding Lumut Santan Memang Sedap

Published

on

Bagi mereka penggemar puding, boleh cuba resepi mudah ni Puding Lumut Santan. Kalau guna agar-agar tali rasa puding lebih kenyal ditambah pula dengan rasa lemak santan. Memang sedap! Berbaloi untuk dicuba.

Bahan A:

  • 10gm agar-agar tali
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 3 helai daun pandan – simpul
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Kemudian, masukkan gula dan kacau rata. Seterusnya, tuang santan dan daun pandan serta secubit garam.

2. Kacau semua bahan hingga sebati dan biarkan masak seketika. Tuang dalam loyang 8×8, biarkan sederhana beku.

Bahan B:

  • 10gm agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan jus pandan (blend 6 helai daun pandan dengan 1 cawan air, tapiskan)
  • 1 biji telur (pukul dulu)
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit esen vanilla – jika suka

Cara Membuat:

3. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Kemudian, masukkan gula dan kacau rata. Masukkan pula santan, jus pandan, telur, garam, esen vanilla dan pewarna hijau.

4. Kacau semua bahan sampai sebati dan biarkan ia mendidih membuak. Perlahankan api, biar ia masak hingga jadi ketulan lumut. Tutup api dan kacau lagi bagi pecahkan Lumut tadi menjadi halus.

5. Seterusnya, tuang perlahan-lahan atas puding yang putih tadi. Biarkan beku, boleh masukkan dalam peti sejuk. Boleh potong ikut suka dan sedia untuk dimakan.

Nota: Agar-agar tali tu yang 20gm, potong/gunting dua. Kalau agar-agar nak cepat larut bila masak, rendam dulu dalam 1/2 jam ke 1 jam.

Sumber: Zura Zul

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending