Connect with us

Ap Resepi

Resepi Mini Macaroni Bakar Memang Sesuai Untuk Jamuan

Published

on

Esok ada jamuan dekat office. Boring dah buat macaroni bakar dalam tray besar, kita buat kelainan sikit nak bagi nampak cute. Ramai yang request resepi, silakan ye kawan-kawan. Boleh dapat dalam 55-60 cawan.

Bahan-Bahan:

  • 1 pack macaroni 400gram (saya guna brand kimball)
  • 1 tin sos Prego – Traditional
  • 1 tin sos Prego – Cendawan
  • 3-4 ketul cendawan butang (potong dadu)
  • Ayam cincang Ramly – nak guna daging cincang pun boleh, optional
  • Sosej (potong dadu)
  • Bawang besar 1 labu (cincang)
  • Serbuk oregano/parsley (takda pun takpa)
  • Telur (4-5 biji)
  • Cheese slice (brand apa pun tak kisah)
  • Nak add on mozarella cheese untk topping pun boleh
  • Cup size kecil

Cara Membuat:

1. Rebus macaroni sampai lembut. Boleh letak garam 1 sudu dan minyak lebih kurang dalam 2-3 sudu untuk elakkan melekat nanti masak. Dah lembut, toskan.

2. Tumiskan bawang sampai naik bau. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej dan cendawan. Tuangkan sos prego dan kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gula secukup rasa.

3. Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api. Letak macaroni dalam bekas asing sebab nak gaul dengan telur. Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dalam cup kecil. Letak cheese slice dan mozarella, tabur sikit serbuk parsley.

4. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 30 minit (ikut oven masing-masing). Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Sumber: Nuralia Idayu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending