Connect with us

Ap Resepi

Resepi Kuih Talam Hijau Pandan Juadah Favourite

Published

on

Kuih talam merupakan salah satu juadah favourite rakyat Malaysia. Rasa yang manis, lemak berkrim menjadi pilihan makanan untuk sarapan kerana ia sedap dan senang dibawa kemana mana. Talam pandan ni salah satu kuih favourite saya. Hijau putih lemak berkrim, menalam akak pagi tadi. Ni la hasilnya, kuih talam pandan. Guna loyang 8×8 inci.

Bahan Lapisan Bawah (Warna Hijau):

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula (kurangkan sikit)
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (blender dari 7 helai daun pandan)
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar air kapur yang jernih (optional)
  • sedikit pewarna hijau epal + merah

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan bahagian bawah, tapiskan ke dalam periuk. Masak sekejap atas dapur guna api perlahan hingga naik wap, kena sentiasa kacau ye.

2. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik plastik dan disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana.

3. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit guna api besar (tanpa tutup pengukus). Kemudian cakar-cakar sikit permukaan kuih.

Bahan Lapisan Atas (Warna Putih):

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam (biar agak masin sedikit)

Cara Membuat:

4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapiskan ke dalam periuk. Masak sekejap guna api perlahan hingga naik wap, kena sentiasa kacau ye. Tuang adunan putih ke atas bahagian hijau tadi dan kukus selama 20 minit. Guna api sederhana.

5. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit guna api besar (tanpa tutup pengukus). Siap, biarkan betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik.

Tips: Untuk dapatkan talam yang cantik, setiap kali mengukus cukup 7-10 minit, buka tutup pengukus dan lap bawah tudung pengukus. Pastu tutup dan kukus semula, ulang hingga siap.

Sumber: Rahmah Rosmin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending