Connect with us

Resepi

Resepi Kuih Lapis Pandan Koko Guna Sukatan Cawan

Published

on

Kuih lapis moden perisa pandan koko. Cara nak buat cukup mudah, guna sukatan cawan sahaja. Rasa pun sedap, budak-budak mesti suka. Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, gandakan bahan-bahan.

Bahan-Bahan: Loyang saiz 7”X 7”

Bahan A –

  • 2 cwn tpg beras
  • 1 cwn tpg gndum
  • 1/2 cwn tpg ubi@jagung
  • 3 1/2 cwn santan (dari sebiji kelapa)
  • 1 sudu teh garam

Bahan B –

  • 1 1/4 cwn gula (klau nak manis tambah sedikit lagi)
  • 1 cwn air
  • 3 helai daun pandan (disimpul)

Bahan C –

  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar air suam untuk bancuh koko
    ATAU boleh juga guna 1 sudu besar coklat emulco
  • 1/2 cwn air pandan (5 helai daun pandan + 1/2 cwn air diblender)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Masak bahan B hingga larut. Sejukkan. Satukan bahan A dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam bahan A .Gaul rata dan tapis.

2. Bahagi adunan pada 2 bahagian. Satu bahagian dilebihkan sedikit. Contoh saya lebihkan bahagian warna hijau. Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu bahagian lagi warna koko.

3. Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain bersih. Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak dan panaskan dalam pengukus sebentar.

4. Mulakan melapis. Saya guna 4 senduk adunan hijau. Kukus selama 5 minit. Selepas itu lapis pula lapisan kedua. Saya guna 2 senduk adunan koko. Kukus selama 5 minit juga.

5. Seterusnya ulangi proses yang sama hingga selesai. Saya buat 7 lapis. Lapisan terakhir kukus selama 25-30 minit. Angkat dan sejukkan dahulu baru dipotong.

Tip: Untuk buat dalam kuantiti yang banyak, gandakan bahan-bahan dan gunakan loyang besar atau yang bersesuaian dan proses mengukus dibahagian terakhir lebih kurang 40-45 minit.

Sumber: Pn. Marlina Murat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending