Connect with us

Resepi

Resepi Kuih Kaswi Gula Merah Lembut dan Bergoyang

Published

on

Bagi penggemar kuih kaswi, memang kena cuba resepi kaswi yang ni. Rasanya yang lembut dan bergoyang, disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera. Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan gula merah atau gula perang
  • 5 cawan air
  • 3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air

Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat

Cara Membuat:

1. Daripada 5 cawan air, panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan.

2. Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan-bahan yang lain. Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air. Jangan terlebih guna air kapur, nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.

3. Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

4. Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan. Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.

5. Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka. Kami suka tak letak apa-apa sebab kuihnya dah cukup manis. Sedapnya dimakan, sesuai untuk hidangan minum petang. Selamat mencuba resepi kuih ni.

Sumber: Mas Cotek

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending