Connect with us

Resepi

Resepi Kek Pisang Mudah Guna Blender Saja

Published

on

Resepi kek pisang gebus yang sangat sedap dan lembut. Mix semua bahan guna blender jer, senang sangat. Sesuai untuk dibuat hidangan minum petang bersama keluarga.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji Telur
  • 1 cawan Gula Kastor (bole kurangkan kalau tak suka manis)
  • Sedikit Esen Vanilla
  • 1 cawan Pisang yang Dilecek
  • 1 cawan Minyak Jagung/Minyak Masak
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu teh Baking Powder
  • ½ sudu besar Soda Bikarbonat
  • Hirisan Pisang dan Choc Chip untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla ke dalam blender. Blend sehingga sebati.

2. Masukkan pula pisang yang telah dilecek dan blend lagi. Kemudian, masukkan minyak dan blend sekali lagi.

3. Dalam bekas yang lain ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. Tuangkan bancuhan blend tadi dan kacau sebati.

4. Oleskan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan. Hiaskan dengan hirisan pisang dan choc chip jika suka.

5. Bakar dengan suhu 150°c-160°c dalam 30-40 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).

6. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan oleskan marjerin di permukaan kek supaya kek cantik berkilat.

Sumber: Cik Lea Azalea

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Rempeyek Asli Jawa Warisan Keluarga

Published

on

Assalamualaikum, saya ingin sedekah kan resepi rempeyek asli Jawa warisan keluarga saya. Di sini ape yang saya nyatakan 100% tanpa sembunyi kan ape-ape bahan mahu pon tips, ikutlah sepenuhnya. In Shaa Allah anda akan dapat hasilnya yang amat memuaskan hati. Saya halal resepi ni dikongsi atau untuk dibuat niaga.

Bahan-Bahan:

  • 1 kampit/500gm tepung beras (cap teratai) – Bukak siap-siap tuang dalam periuk.

Bahan Kisar:

  • 1 kotak kecil santan kara + 3 kotak air biasa (guna kotak santan yang same)
  • 2 biji telur
  • 7 biji buah keras
  • 5 biji bawang putih
  • Suku sudu kapur sirih (bukan air ya, nak kan kapurnya)
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 sudu besar Aji
  • Sejemput ikan bilis atau udang kering

Blend semua bahan sampai halus. Tips untuk dapat rempeyek yang cerah. Blend kering asing rempah dibawah.

Bahan Rempah:

  • 5 sudu besar ketumbar
  • 1 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar jintan putih

Blend halus nak separuh kasar pon boleh.

Cara Membuat:

Tuang semua bahan blend dalam periuk tepung dan gaul rata hingga sebati. Siap.

Di sini saya nyatakan tips-tips berdasarkan pengalaman dan kesilapan-kesilapan yang saya belajar disepanjang saya buat rempeyek ini;

1. Untuk tau rempeyek kita dah masak sepenuhnya, bila kita sirai tepi kuali, jatuhkan dalam minyak terus terbalikkan permukaan kacang dalam minyak biarkan dalam 3 minit (api tak leh besar, masak rempeyek slow and steady je untuk hasil yang terbaik).

2. Lepas tu balik semula, nak tau peyek kita dah masak sepenuhnya, lihat belakang permukaan yang tak de kacang. Warna dia mesti sekata, kalau disekeliling kacang masih berwarna cerah maknanya belum masak lagi. Angkat gorengan bila semua warna sekata, nak tau kacang kita dah masak ke belum, pastikan dah tak de buih-buih.

3. Untuk tips guna kacang hijau, hanya rendam semalaman, esoknya tapis dan lalukan air, toskan dah boleh guna.

4. Untuk kacang dal, rendam semalaman esoknya bilas. Rebus dalam 20 minit, bilas dengan air hingga hilang panas dia toskan, ok dah boleh guna. Ok dh siap.

Sumber: Nita Maira

Continue Reading
Advertisement

Trending