Connect with us

Ap Resepi

Resepi Kek Minyak Red Velvet Gebu Dan Lembut

Published

on

Teringin nak makan kek simple-simple, maka terjadilah Kek Minyak Red Velvet. Sedap, lembut dan gebu. Lagi sedap makan sejuk-sejuk dari peti ais. En.somi siap bawak bekal gi keje.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji telur saiz B
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 1 sudu bsr ovallete
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak masak
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh red velvet emulco

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu dengan high speed. Campur esen vanila, susu dan minyak. Pukul selama 30 saat, jangan lama-lama. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik ke dalam adunan. Kaup balik dengan spatula hingga sebati.

2. Bahagi 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian dicampur dengan red velvet emulco. Kalau tak ada boleh guna pewarna merah je, tapi tak jadi kek minyak red velvet la, jadi kek minyak je. Alas loyang saiz 9 1/2 inci dengan baking paper.

3. Tuang 2 senduk adunan putih di tengah-tengah loyang. Kemudian, tuang 2 senduk adunan merah di atasnya. Ulang cara yang sama hingga setengah loyang. Layer yang last, tuang satu senduk saje setiap adunan.

4. Lorek corak dengan lidi. Hentak-hentakkan sikit loyang kek untuk hilangkan lubang udara. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160c selama 45 minit atau hingga masak. Bila cucuk dengan lidi ia keluar bersih. Sejukkan kek dan boleh dipotong.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending