Connect with us

Ap Resepi

Resepi Kek Buah Kukus Meriah Dengan Buah-Buahan

Published

on

Done! Buat Kek buah kukus yang penuh buahnya, baru je dikeluarkan dari loyang. Bakal dibawa sebagai buah tangan. Siapa peminat kek buah kukus boleh cuba resepi ni.

Bahan-Bahan:

  • 500gm mixed fruit
  • 100gm orange peel
  • 320gm gula castor
  • 60ml air panas
  • 250gm (seketul) butter
  • 360gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar*
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis*
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala (optional)*
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur gred A

Cara Membuat:

1. Campurkan mixed fruit dan orange peel dan rendam dalam air suam selama 5 minit. Kemudian toskan. Campurkan bahan bertanda (*), ayak dan ketepikan.

2. Cairkan gula castor dalam kuali sehingga berwarna perang. Setelah cair, masukkan air panas dan kacau. Hati-hati ye jangan sampai terpercik ke diri sendiri.

3. Bila air gula dah nampak berbuih, masukkan butter. Kacau sampai butter larut semua. Masukkan campuran mixed fruit dan orange peel (tinggalkan sedikit untuk tabur atas kek). Kacau sampai sedikit mendidih.

4. Kecilkan api dan masukkan campuran tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit dambil dikacau sebati. Dah sebati tutup api. Blend telur dan esen vanila, cukup sekadar berbuih dan keduanya bercampur. Curahkan telur ke dalam adunan dalam kuali tadi dan kacau sampai rata serta sebati.

5. Bila dah siap, tuang adunan ke dalam loyang size 7 atau 8 inci. Tabur baki campuran buah tadi ke atas adunan. Tutup loyang dengan plastik cling (atau plastik apa-apa pun boleh). Akhirnya kukuslah! Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu. Kukus selama 2 jam.

Nota:

  • Sudu kecil – sudu teh
  • Esen vanilla boleh juga diganti dengan 1 sudu besar pati oren sunquick.

Sumber: Jue Roslina

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending