Connect with us

Ap Resepi

Resepi Kari Ikan Sardin Tanpa Santan Sedap Tak Terkata

Published

on

Menu resepi kari ikan sardin bukan saja sedap dimakan dengan nasi panas, malah ia juga cukup lazat jika dicicah dengan roti. Pasti digemari oleh seisi keluarga.

Siapa suka ikan sardin wajib cuba resepi yang cukup simple dan mudah untuk dimasak ini. Selain guna ikan segar, anda juga boleh menggunakan sardin dalam tin.

Jika ada yang mahu mencuba memasaknya, ikuti saja resepi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah. Semoga bermanfaat!

RESEPI KARI IKAN SARDIN TANPA SANTAN

Bahan-bahan:

  • Ikan sardin (dipotong kepala dan ekor)
  • Sebiji tomato merah ranum
  • Setangkai daun kari hijau rimbun
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • 3 sekawan
  • Tomato
  • Daun kari
  • Rempah kari ikan + kari ayam

Cara memasak:

1. Mula-mula panaskan minyak masak, minyak masak jangan kedekut ya kalau masak kari.

2. Kemudian, tumis hirisan bawang kecil dan 3 sekawan.

3. Apabila bawang sudah layu, masukkan pula bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat. Kacau-kacau sehingga naik aroma.

4. Seterusnya, masukkan tomato yang dicincang dan daun kari.

5. Apabila tomato sudah lembik, masukkan rempah kari ikan dan rempah kari ayam.

6. Ketika ini, kecilkan suhu api supaya rempah kari tidak cepat hangit. Kacau sebati.

7. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika hingga terbit minyak.

8. Apabila kari sudah pecah minyak masukkan sedikit bancuhan air asam jawa.

9. Kemudian, masukkan ikan sardin. Biarkan seketika untuk sebatikan jus ikan dan rempah kari.

10. Masukkan air sehingga parasnya melebihi ikan.

11. Biarkan kari mendidih sehingga timbul minyak. Boleh perasakan garam, ajinomoto dan gula mengikut cita rasa masing-masing.

12. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Sumber: Zurina Zulkefli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending