Connect with us

Resepi

Resepi Gulai Ayam Versi Kelate Memang Puas Hati

Published

on

Kalau rasa dah puas makan daging nanti simpanlah resipi gulai ayam cikgu ni. Cikgu orang Kelantan. Kotlah nak rasa kelainan tirulah cara cikgu masak. Nak bagi gulai sedap, aroma menyengat rasa lain dari biasa banyak dah cikgu pecahkan rahsia walaupun masak guna santan kotak je.

Setakat ini kawan fb cikgu yang dah cuba masak puas hati. Nampak je ada bahan cikgu gunakan mungkin tak pernah dimasukkan. Jangan rasa pelik. Cikgu berani jamin kesedapannya luar biasa. Buktinya ramai kawan fb cikgu yang dapat pikat hati suami dan anak masing-masing dengan tips cikgu bagi. Jomlah cikgu kongsi.

Bahan-Bahan: (Untuk 5-6 ketul ayam)

1. Tips pertama, sediakan bahan di bawah. Tengok bahan mesti ada yang tak pernah letak kan. Takpa cuba dulu. Nanti mesti kawan-kawan terpana dengan kesedapannya.

  • 3-4 biji bawang merah (saiz syiling 20 sen)
  • 1 ulas bawang putih
  • Sehiris nipis lengkuas
  • Sehiris halia
  • Dua hiris nipis serai
  • secubit ketumbar
  • secubit jintan manis

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi. Biar betul-betul garing.

3. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar. Atau sesekali cikgu masukkan serbuk cili Baba’s.

4. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan (Nak guna jenama apa dari sana pun terpulang). Ini juga rahsia gulai cara cikgu masak. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.

5. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa (secubit asam jawa + secawan air kosong). Masukkan perasa peringkat pertama; 1/2 relung nisse kampung (manisan) dan secubit dua garam bukit.

6. Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak. Langkah ini pun penting untuk pastikan rupa gulai cantik.

7. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.

8. Masukkan dua sudip santan kotak/pekat. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.

9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai. Tips menambahkan rasa sedap gulai, masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.

Sumber: Afy AL Habibi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending