Connect with us

Resepi

Resepi Dan Tip Buat Homemade Dadih Pelbagai Perisa

Published

on

Homemade dadih oleh Opah Mas Cotek yang mudah dan sedap dengan pelbagai perisa sedap seperti jagung, pandan, keladi, dan bandung. Dikongsikan juga tip bagaimana mendapatkan dapatkan permukaan dadih yang licin dan nampak cantik.

Bahan-Bahan:

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1550 ml air
  • 1 1/2 cwn gula
  • 200 gm susu pekat manis
  • 1 tin susu cair

Bahan Lain:

  • perasa jagung
  • pes pandan/pewarna hijau
  • perasa yum emulco
  • perasa rose/bandung

Cara Membuatnya:

1. Didihkan air bersama dengan agar-agar, masukkan gula dan masak sehingga semuanya larut. Seterusnya, masukkan susu cair dan susu pekat, kacau sebati, biarkan mendidih terus tutup api.

2. Bahagikan adunan dadih kepada 2 atau 3 bahagian. Masukkan perasa yang disukai dan kacau sebati. Tuang ke dalam bekas-bekas dadih, kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Untuk 1 adunan dapat 40 – 45 bekas dadih saiz 4oz.

Sedikit Tip Dari Opah:

Untuk dapatkan permukaan dadih yang licin, selepas masukkan susu cair dan susu pekat, perlahankan api dan biarkan mendidih. Jangan guna api besar. Tak perlu didih sampai membuak-buak ye.

Tuang dengan perlahan supaya tidak terjadinya buble/buih di permukaan dadih.

Nota:

1. Untuk buat layer, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian opah masukkan esen vanilla dan satu bahagian lagi opah masukkan sirap rose atau jagung. Terpulang ye nak layer macam mana.

2. Untuk perisa jagung, boleh blend sedikit jagung krim.

3. Untuk perisa keladi, dadukan keladi kukus (opah tak letak pun)

4. Untuk perisa pandan, guna 4 – 5 helai daun pandan atau pes pandan

Sumber: Mas Cotek

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Kek Red Velvet Cheese Leleh Lembut dan Berkrim

Published

on

Dalam sebulan ni 3 kali repeat buat kek red velvet cheese leleh ni, favourite sangat. Keknya sangat sedap, lembut, dan moist serta topping cheese yang creamy dan melelehnya. Sungguh nikmat makan sejuk-sejuk dari peti ais. Makan sambil geleng-geleng kepala sebab terlajak sedap.

Bahan Buttermilk:

  • 1 cawan susu cair full krim
  • 1 sudu besar cuka

Bahan Kek:

  • 3 biji telur B
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak atau minyak jagung
  • 1 sudu teh red velvet emulco
  • 1 sudu teh pewarna merah bright red
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar serbuk koko*
  • 1 sudu teh serbuk penaik*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1/2 sudu teh garam halus*

Bahan-bahan bertanda (*) diayak bersama.

  • Cheese Leleh
  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan susu full cream
  • 1 cawan cheddar cheese parut – untuk hiasan

Cara Membuatnya:

1. Untuk buat buttermilk, ampur cuka ke dalam susu. Tak payah kacau, biarkan selama 10 minit. Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Kacau rata dan ketepikan dulu.

2. Pukul telur, gula, ovallete dan esen vanila hingga kental dan bertukar warna putih. Masukkan susu pekat dan minyak. Pukul rata. Campur red velvet emulco serta pewarna Bright Red. Pukul sekejap je.

3. Seterusnya, buang buttermilk tadi dan pukul rata. Masukkan bahan-bahan ayak. Pukul hingga sebati je, jangan lama-lama. Tuang adunan ke dalam bekas kek, tuang setengah daripada bekas.

4. Didihkan pengukus dulu, kukus selama 15-20 minit di atas api besar. Bila dicucuk dengan lidi, ia keluar bersih bermakna dah masak. Sejukkan dulu kek.

5. Untuk buat Topping Cheese Leleh, pukul cream cheese dan susu pekat hingga cheese lembut. Campurkan whipping cream serta susu full cream. Pukul hingga sebati. Saya simpan di dalam peti ais selama 1 jam, kalau tak nak simpan pun boleh je.

6. Tuang cheese ke atas kek. Kemudian, tabur sedikit serdak kek dan akhir sekali tabur cheddar cheese parut. Sejukkan di dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah

Continue Reading
Advertisement

Trending