Connect with us

Ap Resepi

Resepi Daging Opor Kuah Pekat Style Pahang Memang Sedap

Published

on

Lama betul abam tak kongsi resepi dekat group. So abam sharekan resepi masak opor cara orang Pahang style abam yer. Selama 42 tahun koi jadi orang Pahang ni lah kali pertama abam masak opor sendiri. Lauk ni memang feveret abam, selalu makan dekat kenduri kawen jer. Google punya google, terjumpa resepinya lalu terus la abam mencuba. Alhamdulillah, poh paleh orang Pahang kabo, sedak ngat rasanyer. Abam sharekan resepi Daging Opor Pahang cara abam.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging lembu (boleh juga pakai daging kerbau)
  • 1 paket (50g) rempah opor (abam guna jenama puteri ayu)

Nota:

Elok pakai daging batang pinang supaya cepat lembut bila dimasak. Potong daging sebesar kotak mancis.
Abam pakai pressure cooker jer. Bila dah siap, angkat dan toskan daging (air daging tu jangan dibuang, nanti guna masa masak opor nanti.

Campurkan daging dengan rempah opor dan ketepikan (lagi lama perap lagi sedap, biar rempah tu meresap masuk ke dalam daging)

Bahan-Bahan Untuk Menumis:

  • 1/2 inci kulit kayu manis
  • 5 ulas buah pelaga
  • 8 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas bawang merah – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1/2 inci halia – dihiris halus
  • 1 senduk minyak masak

Bahan-Bahan Kisar:

  • 2 sb cili boh/giling (abam pakai brand adabi jer)
  • 12 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia

Kisar semua bahan di atas sehingga halus.

Bahan-Bahan Lain:

  • 1/2 inci belacan (yang ni versi opor pekan)
  • 2-3 batang serai diketuk
  • 3 sb kerisik
  • 2 sb asam jawa (abam pakai pes brand adabi jer)
  • 1/2 keping gula kerek/nise
  • Gula pasir secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya

Bahan Optional (kalau suka boleh tambah):

  • Bawang besar (dibelah 4)
  • Ubi kentang (dibelah 4)

Cara Memasak:

1. Dalam kuali, panaskan minyak. Masukkan semua bahan-bahan untuk menumis. Tumis sehingga naik bau dan sedikit coklat. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan pula serai dan belacan. Seterusnya, masukkan daging yang telah diperap dengan rempah opor tadi.

2. Tambahkan air rebusan daging tadi (kalau guna pressure cooker macam abam tadi), kalau tak, boleh tambah air biasa untuk lembutkan daging. Masak sehingga daging lembut atau sedikit kering (tempat abam orang panggil mati rempah). Masa ni boleh masukkan kentang kalau suka.

3. Seterusnya, masukkan gula pasir dan gula kerek/nise. Masukkan juga santan, kerisik, dan asam jawa. Masukkan garam dan bahan perasa. Adjust ikut selera masing-masing ya, jangan ikut selera abam (opor yang sedap ada rasa masin, manis dan masam yang cukup!).

4. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Siap dan sedia dihidangkan!. Kalau jenis suka berkuah, tak perlu masak sampai kering, opor sebenar kuah dia memang sedikit pekat.

Masakan opor ni sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Nak makan dengan nasi minyak pun boleh, nak makan dengan nasi lemak pun boleh. Ikut selera tekak masing-masing ya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys!.

Sumber: Khairul Hasrol

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending