Connect with us

Resepi

Resepi Cucur Manis Sticks Ala Churros Rangup Dan Sedap

Published

on

Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang. Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Bukan main ligat kepala mak fikir nak masak apa. Maka terjadilah… Cucur manis sticks!

Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Taklah malu sangat nak bagi laki makan. Anak-anak pulak rasa macam churros katanya… Hehe. Laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan. Perghh layannn! Di sini saya kongsikan resepinya.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Mula-mula masak air, gula, minyak dan garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api. Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. So far yang ni best, tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.

2. Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung. Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula. Lepas dah uli doh ni sepatutnya tak melekat kat tangan ye.

3. Bentukkan panjang-panjang, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana. Kat rumah ni anak-anak ramai, kena buat kontot-kontot sikit, bagi dapat banyak. Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang ya.

HASILNYA

Dah siap! luar rangup, tapi lembuttt je kat dalam. Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Atau nak buat bentuk lain, sukati hehe. Cicah pulak dengan sos thai, nyummmm.

Sumber: E-mah Najmah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Siap Tambah Nasi Resepi Ayam Masak Burma Kuah Padu

Published

on

Lebih kurang sama seperti masakan kari dan rendang, cuma resepi ayam masak burma hidangan lauk ini tak menggunakan santan untuk membuatnya.

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang ayam masak burma dan belum pernah membuatnya sebelum ini, kami nak kongsikan resipi menarik untuk anda cuba di rumah.

Seperti perkongsian ayam masak burma oleh Aziah Nima di Facebook, lauk ini sangat mudah dan ringkas serta sesuai dimakan dengan apa pun yang disukai.

RESEPI AYAM MASAK BURMA

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (nak seekor pun terpulanglah, boleh tambah lagi bahan kisar)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Daun pudina (ikut suka nak letak banyak mana)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau 6)
  • 1 biji kentang
  • Garam atau gula secukup rasa (saya tak letak gula)
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (pandailah agak-agak saja)
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (jika taknak pedas, boleh kurangkan, saya tak kisar sebab anak tak makan pedas, jadi saya letak sebiji-sebiji jika nak pedas biasa saja)
  • 2 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ayam ikut suka, basuh dan toskannya.

2. Kemudian, perap ayam dengan sos tiram dan serbuk kunyit selama 10 minit atau setengah jam.

3. Sementara itu, tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan serbuk kari, kiub ayam dan tumis sekejap.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan biarkan ayam sedikit kecut.

6. Selanjutnya, masukkan kentang dan air (agak-agak saja, jangan cair sangat).

7. Apabila kentang sudah empuk dan ayam agak-agak nak masak, masukkan tomato dan daun pudina.

8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula, kemudian renehkan kejap dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan bersama nasi putih, Ayam Masak Burma juga merupakan salah satu lauk untuk dinikmati dengan pulut kuning. Jika makan dengan roti jala, lagilah bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Aziah Nima

Continue Reading
Advertisement

Trending