Connect with us

Resepi

Resepi Buat Kek Marble Jelita Ayu Confirm Jadi

Published

on

Dah lama ariana tak share resepi. Hari ni ariana nak share resepi kek marble kesukaan umie ariana. Bila nak datang rumah je mesti suruh ariana buat. Kat bawah ni ariana akan bagi 3 cara untuk buat kek marble menggunakan resepi yang sama iaitu bakar (atas nampak cantik), bakar biasa dan kukus. Selalunya ariana guna cara kedua buat kek ni untuk umie, yang ni confirm jadi tak payah nak bakar lama-lama.

Bahan-Bahan:

  • 6 biji telur (gred B)
  • 1 1/4cawan gula castor
  • 1 cawan butter
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1sk esen vanila
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder
  • 1sk cream off tartar
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 5 sudu besar susu segar

Ada 3 tips Cara Bakar atau Kukus;

1. Bakar (Warna atas nampak cantik) – Suhu 130c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.

2. Bakar biasa (Gelap sikit bahagian atas)- Suhu 150c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.

3. Kukus (wrap loyang) – Kukus selama 50 minit atau sehingga masak.

Cara Membuat:

1. Ni ariana guna cara bakar yang pertama iaitu bahagian atas warna nampak cantik. Mula-mula mix butter dan gula sehingga gebu atau bertukar warna putih. Pastikan jadi putih dandunan gebu je.

2. Lepas tu masukkan ovallete, telur dan esen vanilla. Boleh juga masukkan satu persatu telur. Ariana masukkan semua terus. Mix sampai sebati dan pastikan adunan jadi licin dan tidak berketul. Adunan jangan terlampau cair pulak.

3. Lepas tu ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan cream off tartar. Mix sehingga sebati. Nak letak tepung sikit-sikit masa mix pun boleh. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan susu segar. Mix sehingga adunan sebati dan licin.

4. Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti yang sama banyak dan 1 bekas lagi lebih sedikit kuantitinya. Letak pewarna yang kita nak kepada tiga-tiga bekas. Bekas 1 lagi biar kosong untuk letak lapisan atas nanti.

5. Letak adunan dalam loyang secara selang seli kecuali warna kosong. Pastikan Loyang 8 inci telah dilapik dengan baking paper dan sekeliling loyang sapu butter atau majerin. Lepas tu lorek guna lidi ikut kretiviti masing-masing.

6. Dah siap lorek, letak pulak adunan kosong kat atas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Pastikan tinggal sedikit adunan untuk buat corak bahagian atas pulak. Lebihan adunan kosong tadi bahagikan kepada warna yang kita nak. Letak warna mestilah lebih terang daripada warna adunan bawah tadi.

7. Lepas tu lorek ikut kretiviti sendiri. Bakar dengan suhu 130c selama 1 jam 20 minit. Guna tray yang bawah sekali. Selepas 45 minit letak aluminium foil atas loyang supaya tak hangit.

8. Dah masak terbalikkan atas redai atau jaring petak. Takda redai pun takpe cuma kek kena terbalikkan juga supaya tak mendap. Lepas 5 atau 10 minit betulkan semula kek. Lepas tu potonglah. Kek ni tak manis sangat. Mak-mak mesti suka. Kek kalau masak elok, dalamnya memang lembut dan gebu. Selamat mencuba.

Sumber: Ariana Sofia Ahmad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending