Connect with us

Ap Resepi

Resepi Brownies Kedut Mudah Confirm Jadi

Published

on

Salah satu jenis kek yang sering mendapat sambutan dan kegemaran ramai adalah kek brownies. Memang enak dimakan. Menu  ni mudah untuk dibuat bagi santapan keluarga. Sesuai untuk minum petang santai-santai di laman rumah.

Resepi Brownies Kedut Loyang 8 inci

Bahan dan cara buat:

  • 80gram butter
  • 230gram dark compound

Cairkan dengan kaedah double boiled.

  • 2 biji telur greb A @ B
  • 1 sk esen vanilla
  • 120gram gula perang/gula castor

Pukul merata bahan ni sebelom masukkan choc yang kita dah double boiledkan tadi. Kacau guna whisk je semua ni.

  • 100gram tepung gandum
  • 1sk baking powder
  • 30gram serbuk koko

Aduk bagi merata semua bahan ni dan masukkan dalam adunan choc tadi. Ayak dulu ya tepung semua ni. Kacau dengan spatula atau whisk bagi sebati sebelom masuk dalam loyang.

Bakar selama 40-45 minit pada suhu 135°c. Siap, sedia untuk dihidang.

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending