Connect with us

Ap Resepi

Resepi Boat Noodle Soup Siam Rasa Sedap Macam Kedai

Published

on

Saya kongsikan resepi kegemaran kami sekeluarga, Boat Noodle Siam. Saya google dan adjust resepi dari internet mengikut citarasa kami. Kalau masak kuah ni, satu rumah akan bau sebijik sama macam restoran Boat Noodle, sangat harum. Suami dan anak-anak pun cakap tak payah pegi makan portion kecik-kecik kat kat kedai dah, boleh buat yang sama kat rumah. Selamat mencuba.

Bahan Sup:

  • Dada ayam dan Daging (direbus hingga empuk)
  • 1 lobak putih (kupas & potong seperti gambar)
  • 1 biji bawang holland (belah 2)
  • Bawang putih satu labu (potong melintang tak perlu kupas)
  • 2 btg serai (diketuk)
  • 3-4 hiris lengkuas
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 keping daun bay
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit lada hitam
  • Kicap pekat
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Akar ketumbar
  • 2 helai Daun pandan
  • 1 peket rempah sup siam
  • Air rebusan daging

Cara Memasak:

1. Reneh semuanya termasuk daging sehingga ayam masak dan menggelegak ganas. Buang buih-buih keladak rebusan. Perisakan sehingga cukup rasa. Kuah akan berwarna gelap disebabkan kicap. Keluarkan daging serta ayam dan racik isi ayam dan daging. Sambung reneh kuah dengan api kecil.

2. Keluarkan semua bahan rebusan lain. Sedia dihidang bersama mi pad thai/kuay teow/bihun/mee/bubur nasi bersama daging dan ayam yang diracik, kangkung yang dicelur, tauge, daun ketumbar, hirisan limau nipis, cili jeruk, minyak bawang putih dan sambal cili thai seperti resepi di bawah.

Sambal Cili Thai:

  • 2 sudu besar serbuk cili Thai
  • 2-3 sudu besar sos ikan
  • 1 1/2 sudu besar Gula somtam/brown sugar

Gaul semua bahan sekali hingga mesra.

Cili Jeruk:

  • 3-4 biji cili besar di potong (sy guna cili solok, lebih rangup)
  • 6 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 5-6 sudu besar cuka makan

Masak cuka, gula dan garam hingga sebati. Tutup api dan masukkan cili. Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk.

Minyak Bawang Putih:

  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Minyak masak

Goreng bawang putih dengan api perlahan sehingga bawang keemasan dan garing. Sejukkan.

Sumber: Hani Mohamed

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending