Connect with us

Ap Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Published

on

Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.

Bahan-Bahan:

  • 250g buttercup (boleh guna marjerin atau pure butter)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya (Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond nibs atau slice (optional) – bakar kejap

Cara Membuat:

1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

3. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter atau planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

4. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

5. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160c selama 20 minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

Nota: Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang. Selamat mencuba.

Sumber: Syuhada Che Din

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending