Connect with us

Ap Resepi

Resepi Bingka Susu Kastard Lembut Rasa Lemak Manis

Published

on

Assalamualaikum Semua, selamat pagi. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua untuk hari ini dan pada hari yang seterusnya, In shaa Allah Aamiin. Baru-baru ni ada terampak resepi Bingka Susu daripada Buat Orang Lapo. Nampak sedap dan saya teringin sangat nak buat. Alhamdulillah saya buat petang semalam dan hasilnya memang sedap sangat-sangat lemak berkrim.

Dekat sini saya nak kongsikan resepinya dan cara-cara untuk membuatnya. Jangan risau ya, resepi ni manisnya sedang elok tak terlalu manis. Saya ikut semua resepi dan cara membuat Bingka Susu ni daripada youtube Buat Orang Lapo. Saya First time cuba buat dan makan bingka susu so nyummy.

Guna sukatan metrix loyang saiz 7 inci

Bahan-Bahan A:

  • 1 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 3/4 Cawan Susu Pekat manis
  • 1 Sudu makan gula pasir
  • 2 Biji telur

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati kemudian ketepikan dahulu.

Bahan-Bahan Kastard B:

  • 2 Cawan air
  • 6 Sudu makan Majerin
  • 6 Sudu makan tepung kastard
  • Sedikit Esen vanila
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan majerin, tepung kastard, esen vanila dan garam. Kemudian gaulkan kesemuanya sehingga tepung kastard sebati, baru nyalakan api dapur perlahan.

2. Masak kesemua bahan di atas sehingga sedikit likat. Kemudian masukkan ke semua adunan A ke dalam bahan B, gaulkan bagi semua tercampur rata dan sedikit pekat. Matikan api dapur.

3. Sediakan loyang bersaiz 7 inci dan disapukan dengan sedikit majerin. Kemudian tuangkan kesemua bahan-bahan yang sudah tercampur rata ke dalam loyang. Taburkan sedikit bijan jika suka, kalau tak ada bijan pun tak menggapa.

4. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit ataupun sehingga masak, mengikut suhu oven masing-masing. Setelah bingka susu masak, biarkan sehingga betul-betul sejuk dan bolehlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.

5. Kalau saya ni jenis yang tak sabar, setengah jam lepas bingka susu keluar dari oven saya masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku selama setengah jam. Cepat sikit sejuk, cepat sikit boleh potong-potong dan dapat makan. Selamat Mencuba semua.

Sumber: Esya Lisya Ng

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Resipi Tepung Pelita Pandan Lembut Gedik

Published

on

Alhamdulillah. Lemak-lemak manis, terasa pior pandannya, cantik kejadiannya, tepung pelita perisa pandan. Bukan tepung tako ye, nampak sama tapi bukan ye. Buat banyak sikit untuk bagi ke jiran-jiran.

Tepung pelita dimasak atas api dan dikacau sampai likat. Bahan asas tepung beras dan ditabur gula. Kebiasaannya acuan daun pisang digunakannya. Tepung tako pula kebiasaanya mengunakan tepung jagung dan dicampur dengan hirisan sengkuang cina. Acuan yang dipakai daun pandan. Cara penyediaanya sama saja, semua sedap.

Disini abam nak share resepi tepung pelita pandan. Resepi ni abang olah sikit mengikut tekakk abam nak makan.

Bahan Lapisan Hijau:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung beras (abam pakai cap bunga teratai)
  • 4 cawan air pandan (10 helai daun pandan dikisar dan ditapis)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam periuk dan tapiskan. Kemudian, kacau atas api sehingga likat.

2. Masukkan bahan dalam acuan yang ditabur sedikit gula. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.

Bahan Lapisan Kepala Santan:

  • 5 sb tepung beras
  • 250 ml santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula halus

Cara Membuat:

3. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam periuk dan tapiskan. Kemudian, kacau atas api sehingga likat.

4. Bila dah pekat atau ada buih besar meletup, boleh tuang atas lapisan hijau tadi. Tuang panas-panas. Dah siap.

Tips: Kacau berterusan. Jangan stop nanti berketul. Dalam 10-15 minit dah pekat dah. Total masa buat, lebih kurang 1/2 jam sahaja. Jom belajar buat sendiri, puashati makan.

Sumber: Che Azawimie Che Zahari

Continue Reading
Advertisement

Trending