Connect with us

Ap Resepi

Resepi Bengkang Beras Lembut Lemak Manis

Published

on

Jom cuba buat Kuih Bengkang Tepung Beras. Kalau yang tidak tahu, kuih ini adalah kuih tradisional yang sering menjadi idaman ramai, terutama sekali buat penggemar sajian melayu lama ini. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.

Nak beli di luar pun macam dah susah nak jumpa kuih bengkang ini, buat sahaja dirumah dengan resepi yang dikongsikan oleh Legasi Siti dari Facebook ini.

Resepi Bengkang Beras

Bahan-Bahan: (loyang 7×7)

  • 3 cawan tepung beras ( sy guna cap gajah 3 ekor )
  • 1 3/4 cawan gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 5 1/2 cawan santan ( santan daripda 500 gm kelapa )

Cara Membuat:

1. Campurkan semua sehingga sebati, masak atas api (api sederhana kuat ) sehingga naik wap.

2. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 250 darjah celcius dalam masa 1 jam. Selamat Mencuba!

Sumber: Legasi Siti

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Resepi Agar-Agar Sirap Santan Lazat Dihidangkan Sejuk

Published

on

Harini, hakak nak share resepi mudah tapi sangat sedap. Hakak menggunakan santan Ayam Brand yang menjadikan masakan pencuci mulut terasa lebih pekat dan lemak. Terasa manis kelapa yang menyelerakan!. Jom cuba resepi ni, korang pasti suka!.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket/10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 200 ml santan Ayam Brand
  • 2 biji telur ayam
  • secubit garam
  • pewarna perisa ros
  • daun pandan, simpulkan

Cara Membuat:

1. Masukkan air bersama gula, pewarna merah perisa rose, serbuk agar-agar dan daun pandan, kacau rata.

2. Seterusnya masak hingga mendidih. Kemudian keluarkan daun pandan.

3. Kocok santan bersama telur dan secubit garam. Kecilkan api dan masukkan campuran santan.

4. Kacau perlahan dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. Kemudian tutup api.

5. Basahkan loyang, tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Hidangkan sejuk!

Sumber: Kuali Helena

Continue Reading
Advertisement

Trending