Connect with us

Ap Resepi

Resepi Apam Tapai Nasi Gebu Sukatan Cawan

Published

on

Kalau ada nasi tak habis, boleh buat tapai untuk Apam Tapai Nasi. Hasilnya apam akan merekah lembut sampai esok. Buat tapai nasi dulu ok dan peram 2 hari baru guna.

Cara buat tapai nasi:

2 cawan nasi sejuk + 1/2 biji ragi kecil yang telah dihancurkan dan ditapis dan simpan 2 malam. Simpan dalam bekas bertutup.

Bahan Apam:

  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 1 cawan tapai nasi
  • 3 cawan tepung beras cap Teratai
  • 1 peket Eno kertas biru.

Cara Membuat:

1. Kisar tapai, air dan gula. Setelah hancur, masukkan tepung beras dan gaul semua bahan sehingga sebati. Boleh tapis kalau suka, Mummy tapis dulu. Lepas itu perap 2,3,4 jam. Boleh masukkan pewarna jika suka.

2. Kemudian, 5 minit sebelum kukus, masukan eno dan kacau rata. Baru kukus selama 15 minit ikut acuan. Sebelum kukus panaskan dulu acuan lompang, baru masukkan bahan bancuhan.

Tips:

1. Air kukusan kena betul-betul mendidih.

2. Acuan tak perlu sapu minyak pun ok.

3. Kukus jarak-jarak, jangan terlalu dekat untuk mendapatkan hasil yang merekah.

4. Kalau buat 1 adunan kena kukus semua sekali serentak supaya hasilnya merekah cantik dan lembut.

5. Jangan biarkan adunan terperap lama setelah dimasukkan eno.

Sumber: Makcik Ratu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending