Connect with us

Resepi

Resepi Apam Pandan Coklat Sedap Berlemak

Published

on

Hari ni siap buat apam pandan coklat. Sedap, halus, gebu dan lemak bersantan gitu. Pekena dengan kelapa parut putih nie. Perghh.. Memang sedap sangat. Ada ke peminat apam ni?

Bahan-Bahan:

  • Tepung blue key/tepung gandum + 1 sk baking powder (pilih salah satu) – 2 cawan
  • Santan kara – 1 kotak 250ml
  • Gula – 1 cawan
  • Ovellete – 1 sudu
  • Telur – 4 biji
  • 1sk pewarna hijau
  • 1sk esen pandan/Pes pandan
  • 1sb serbuk koko

Cara Membuat:

1. Pukul telur, gula dan ovellete dalam mixer hingga gebu, bertukar warna putih kira dah betul gebu ye. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli. Mix sampai semua bahan sebati dan gebu.

2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan, campur lah pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi, campur dengan serbuk koko dan gaul sebati.

3. Acuan boleh guna acuan lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye nanti mudah nak keluarkan lepas siap kukus nanti. Cara saya hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. Ikutlah korang nak paip ke macam mana.

4. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit sahaja OK. Jangan lebih masa!. Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Nanti hodoh pulak apam. Selamat mencuba.

Sumber: Doa Penenang Hati

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resipi Kek Marble Neopolitan Lebih Gebu Dan Lembut

Published

on

Resepi kek ni sis buat niaga. Kek Marble ni gebu dan lembut je. Siapa nak mencuba silakan ya. Kita sama-sama kongsi. Doakan kita semua diperluaskan pintu-pintu rezeki oleh Allah. Aamin Ya Mujib.

Bahan A:

  • 250 gram majerin/mentega
  • 190 gram gula kastor

Bahan B:

  • 5 biji telur gred B

Bahan C:

  • 230 gram tepung gandum/tepung kek
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D:

  • 50 gram susu penuh krim UHT
  • 1 sudu teh esen buttervanilla

Bahan Pewarna:

  • 2 sudu makan serbuk koko + 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh pewarna pink + 1/2 sudu teh perasa strawberry

Cara Membuat:

1. Putar bahan A pada kelajuan perlahan selama 2 minit. Kaup balik adunan. Putar lagi dengan kelajuan sederhana selama 15 minit. Putar sehingga adunan ringan dan gebu. Tanda adunan sudah gebu, adunan tidak terjatuh bila diterbalikkan.

2. Seterusnya, masukkan bahan B satu persatu sambil memutar adunan. Masukkan bahan C yang telah diayak sesudu demi sesudu. Masukkan bahan D dan putar lagi selama 3-5 minit.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian masukkan serbuk koko dan pewarna pink. Lagi 1 bahagian biarkan warna asli. Gris loyang dengan majerin dan kemudian lapik dengan kertas pembakar.

4. Masukkan adunan secara selang seli. Hentak loyang 3x untuk keluarkan angin di dalam kek. Dan lorekkan permukaan kek. Bakar kek pada suhu 150C selama 60 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Saya guna loyang 8 inci.
  • Kek ni manis-manis buah, jika suka manis boleh tambah gula sehingga 200-210 gram.
  • Kek ni boleh dibakar atau dikukus.

Kaedah Bakar: Bakar pada suhu 150C, api atas bawah, padam kipas, rak tengah dan dibakar selama 50-60 minit bergantung pada oven masing-masing.

Kaedah Kukus: Gunakan api sederhana, dan pastikan sebelum masukkan adunan, air dalam kukusan mendidih. Balut penutup pengukus dengan tuala supaya air wap tidak jatuh ke permukaan kek. Jika tidak tutup permukaan kek akan menjadi tidak cantik.

Sumber: Ika Zul

Continue Reading
Advertisement

Trending