Connect with us

Resepi

Resepi Agar-Agar Cermin atau Mixed Fruits Puding

Published

on

Okey atas permintaan ramai saya dah sertakan resepi agar-agar cermin. Sedap dimakan sejuk-sejuk, tak sedar seloyang dah habis. Rasanya manis-manis masam buah. Selamat mencuba ye.

Bahan-Bahan:

  • Agar-agar bertali
  • Air (+-)
  • Gula pasir (+-)
  • Gula batu
  • 1 tin longan
  • Buah strawberry (Belah dua)
  • Buah mangga (potong dadu)
  • Buah kiwi (potong bulat)
  • Biji selasih (rendam dengan air panas)

Cara Membuatnya:

1. Masak agar-agar dengan air sampai hancur. Sambil-sambil tunggu agar-agar hancur, bolehlah akak-akak sediakan buah-buahan mengikut citarasa. Basahkan dulu loyang atau acuan dengan sedikit air dan ketepikan.

2. Kemudian barulah masukkan gula pasir dan gula batu. Setelah agar-agar dan gula dah betul-betul hancur, masukkan pula air longan tadi dan biarkan agar-agar tadi betul-betul MENDIDIH barulah tutup api.

3. Larutkan dulu sedikit agar-agar tadi ke dalam loyang, taburkan biji selasih dan buah-buahan mengikut citarsa akak-akak. Biarkan sebentar selama 5 minit barulah masukkan lebihan agar-agar tadi.

4. Biarkan seketika sehingga wap hilang barulah masukkan ke dalam peti. Tadaa dah siap. Sedap dimakan sejuk-sejuk, tak sedar seloyang dah habis. Rasanya manis-manis masam buah. Selamat mencuba ye.

Nota:

  • Wajib masukkan sedikit gula batu untuk nampak bagi agar-agar berkilat.
  • Masak agar-agar hingga betul-betul mendidih supaya bila dah keras agar-agar tak cepat berair.
  • Saya masak agar-agar & gula takda sukatan, sebab masak ikut suka hati. So akak-akak boleh agak-agak la ye.
  • Campurkan sekali air longan untuk menaikkan lagi rasa agar-agar tadi, so takda la rasa kosong agar-agar kita tu.
  • Buah apa pun tak kisah lagi banyak lagi sedap.
  • Agar-agar mestilah dimasukkan ke dalam loyang/acuan masa masih panas, bertujuan supaya buah akan jadi lembut, mudah dipotong tak tak hancur.

Sumber: Sya Qiela

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending