Connect with us

Ap Resepi

Resepi Acar Limau Asli Utara Pembuka Selera

Published

on

Setiap kali menjelang Ramadan kami akan menyediakan acar limau resepi asli keluarga Tok Minah ini. Kepada peminat-peminat acar boleh lah mencuba. Memang sedap sebagai pembuka selera. Resepi acar limau untuk 18-20 biji limau jeruk.

Bahan A – Untuk Kuah:

  • Chili kering dalam 15-20 biji
  • Halia – 3”
  • Bawang besar – 3 biji
  • Bawang putih – 10 ulas
  • Cuka – 1/2 cawan
  • Gula Batu – 50 gm
  • Gula Melaka – 2 keping
  • Gula Pasir – 5 ke 7 Sudu Besar
  • Minyak masak – 3/4 cawan

Bahan B – Bahan Acar:

  • Limau nipis jeruk, 15-20 biji, Rendam limau jeruk 1 ke 2 jam untuk keluarkan lebihan garam, basuh bersih dan dibelah dua.
  • Bawang Merah (bawang kecil) – 15 ulas (tak perlu di potong)
  • Halia – 3” hiris memanjang
  • Bawang putih – 15 ulas
  • Lobak putih – 150 gm
  • Cabai Melaka – 20 biji
  • Buah kurma – 30 biji
  • Kismis – 250 gm
  • Biji sawi – 2 sudu besar
  • Biji Lenga (bijan) – 5 sudu besar

Cara Memasak:

1. Blender halus bahan A, bahan 1,2,3, dan 4 untuk di tumis.

2. Panaskan minyak dan masukan bahan tumis yang telah diblender. Tambah satu cawan air dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan cuka dan bahan A 6,7, dan 8 (Adjust kemanisan mengikut selera anda). Tambah gula jika perlu.

3. Masak sehingga sebati dan naik minyak dengan api yang sederhana. Masukkan bahan B, bahan 1,2,3,4,5, 6, dan 7. Tambah sedikit air dan adjust kepekatan mengikut kesukaan.

4. Masukkan bahan 8,9, dan 10. Bahan-bahan ini hendaklah digoreng dahulu tanpa minyak sehingga naik aroma. Rasa masin dari limau jeruk dan lobak putih sudah mencukupi. Tambah garam jika perlu.

5. Acar semestinya mempunyai cukup rasa masam, masin, manis, dan pedas. Adjust mengikut selera anda. Kecilkan api dan biarkan acar masak perlahan lahan dalam 10 – 15 minit.

6. Pastikan acar betul-betul masak sehingga minyak naik berlenang. Biarkan di dalam periuk sehingga 3-4 jam.

7. Masukkan ke dalam balang atau bekas kaca. Lebih lama acar disimpan lebih sedap rasanya. Selamat mencuba!.

Sumber: Sulia Awang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending