Connect with us

Resepi

Red Velvet Crinkle Cookies Dengan Filling Cream Cheese

Published

on

Sebelum ni pernah share versi coklat, kali ni versi red velvet pulak. Tapi yang ni lebih special sebab ada filling cheese. Cookies ni unik sebab teksturnya yang fudgy dan chewy. Separuh biskut dan separuh kek, tak crunchy macam cookies biasa tu. Coraknya terhasil dari salutan gula aising yang dibakar menjadikan ia merekah atau berkerut (crinkle). Saya letak filling cream cheese menjadikannya bertambah sedap dan nikmat dimakan. Untuk mendapatkan crinkle yang cantik kene salut gula aising tebal sikit.

Cookies: 56 pcs
Cookies + Filling: 28 pcs
Cookies Tanpa Filling: Simpan di dalam balang pada suhu bilik, tahan 1-2 minggu.
Cookies + Filling: Simpan di dalam peti ais di bahagian chiller, tahan seminggu.

Biasanya buat tak sampai 3 hari dah abis licin.

Bahan Cookies:

  • 2 biji telur B
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh red velvet emulco
  • 1/2 sudu teh pewarna Bright Red
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • Gula aising secukupnya untuk salutan

Bahan Filling Cheese:

  • 250gm cream cheese
  • 100gm butter
  • 100gm gula aising – diayak

Cara Membuatnya:

1. Cookies; Satukan telur, gula, minyak, red velvet emulco dan pewarna merah. Kacau dengan whisk hingga gula larut. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati. Adunan agak lembut ye, tutup dan simpan di dalam peti ais di bahagian chiller selama 1 jam supaya adunan mudah untuk dibulat-bulatkan.

2. Sapu tapak tangan dengan sikit minyak. Bulat-bulatkan adunan sebesar saiz syiling 20 sen. Kemudian, salut dengan gula aising agak tebal untuk mendapatkan rekahan atau crinkle yang cantik. Proses bulat-bulatkan kene cepat untuk elakkan adunan menjadi lembut semula.

3. Bakar di dalam oven pada suhu 160c selama 15-20 minit, api atas bawah dan kipas on. Sejukkan biskut dulu sebelum letak filling.

4. Filling Cheese; Pukul cream cheese dan butter hingga sebati. Ayak gula dan pukul lagi hingga kembang.

5. Picit filling pada cookies. Kemudian, kapitkan dengan satu cookies lagi. Satu adunan saya dapat 56 keping cookies. Lepas dah letak filling akan dapat 28 biji. Bergantung pada saiz yang kita buat juga ye.

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending