Connect with us

Ap Resepi

Rasa Kelainan Makan Resepi Ayam Goreng Hatyai Yang Sedap

Published

on

Boleh ikuti resepi ayam goreng hatyai yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di bawah jika ada yang mahu mencuba. Resepi ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Ia juga dikenali dengan nama Gai Tod Hat Yai dalam Bahasa Thailand.

Anda boleh menggunakan mana-mana bahagian ayam yang disukai. Namun sebaiknya guna ayam bahagian kepak atau tight.

RESEPI AYAM GORENG HATYAI

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 kg
  • Bawang putih 1.5 oz
  • Cumin seed 1 sudu kecil
  • Akar ketumbar 1 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Bawang merah ½ cawan
  • Soy sauce 1/4 cawan
  • Serbuk lada putih 1 sudu kecil
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Biji ketumbar 2 sudu kecil
  • Tepung beras ¼ cawan

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan tepung.

2. Perapkan ayam bersama bahan yang dikisar paling kurang selama 2 jam.

3. Masukkan tepung beras bersama ayam yang diperap dan gaul sehingga sebati.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

5. Angkat dan siap dihidangkan bersama sos thai.

Cara membuat bawang goreng:

1. Hiris nipis 5 hingga 6 biji bawang merah.

2. Sediakan tisu dan letakkan bawang yang telah dihiris nipis tadi. Taburkan sedikit garam.

3. Panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga keperangan. Ketepikan seketika.

4. Kemudian taburkan bawang ke atas ayam yang telah digoreng tadi. Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending