Connect with us

Ap Resepi

Rangup Di Luar Gebu Di Dalam Resepi Cekodok Ikan Bilis

Published

on

Selain dipanggil sebagai Cekodok Ikan Bilis, ada juga yang menyebutnya cucur atau jemput-jemput ikan bilis. Apa-apa pun namanya, ia memang sedap tak terkata.

Petang-petang semestinya mak-mak akan mula siap sedia ke dapur untuk buat minum petang. Antara hidangan paling mudah dan cepat dibuat ialah Cekodok Ikan Bilis.

Tak dinafikan ramai yang kecewa jika Cekodok Ikan Bilis yang dibuat tak menjadi. Biasanya apabila sejuk, ia menjadi keras dan susah dimakan.

Sebenarnya ada cara terbaik untuk pastikan cekodok anda itu tetap lembut dan sedap walaupun dah sejuk tau.

Anda hanya perlu mengikut resipi pasti jadi yang dikongsikan oleh Muliyana Suhud di Facebook ini. Jom cuba!

RESEPI CEKODOK IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas mendidih
  • Segenggam ikan bilis (ditumbuk)
  • 3 hingga 4 bawang merah (dihiris nipis)
  • Daun sup (digunting halus)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali air panas dan gaul rata.

2. Masukkan air panas gaul cepat-cepat sampai sebati.

3. Kalau kurang rata masukkan air biasa dan gaul sebati. Doh memang akan melekit dan sedikit kental.

4. Sediakan air sebekas untuk celup tangan semasa nak menggoreng dan bolehlah menggoreng sampai kekuningan. Siap untuk dihidang!

Jika mak-mak kering idea untuk buat sarapan atau minum petang, Cekodok Ikan Bilis adalah hidangan paling tepat buat anda.

Sesetengah orang guna sudu atau senduk semasa menggoreng, tapi lebih puas jika guna tangan. Barulah namanya air tangan seorang ibu bukan?

Jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati kerana doh agak panas setelah diadun. Nak tunggu adunan sejuk sedikit pun boleh.

Anda boleh nikmatinya bersama sos pencicah yang sedap. Sesetengah orang makan dengan sambal kicap, memang luar biasa lazatnya.

Selamat mencuba.

Sumber: Muliyana Suhud

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending