Connect with us

Resepi

Puding Karamel Telur Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Published

on

Salam semua, ada peminat puding karamel telur kat sini? Memang tak bau telur langsung. Tak perlu buang tali pusat telur tu, asalkan guna telur yang fresh. Boleh buat berniaga yang mana terkesan dengan ekonomi sekarang ni. Saya halalkan, saya share resepi kat sini ye.

Boleh Dapat +- 42 bekas 4oz

Bahan Adunan Puding:

  • 18 biji telur gred B@C
  • Susu pekat 1 tin
  • Susu cair 3 tin
  • Sunquick 2 sudu kecil
  • Esen vanila 3 penutup
  • Air biasa 700ml (letak air dalam tin-tin susu, kocak baki susu baru sukat air tu jd 700ml) – Campur dalam adunan, untuk elak membazir baki-baki susu. Kalau tak nak buat pun takpe, sukat je air jadi 700ml.

Bahan Karamel:

  • 1 kg gula – Cairkan. Bila dah golden brown, campur air panas 600ml. Hati-hati panas ya, karamel ni jangan guna semua. Letak 1-2 sudu makan je setiap bekas, kang manis sangat. Akan ada baki nanti, simpan je peti ais.

Cara Membuat:

1. Semua bahan-bahan puding masukkan dalam 1 bekas besar. Telur saya blend sahaja sekejap agak-agak hancur semua dan tapis (guna tapis besi tu dia jarang sikit) ke dalam adunan.

2. Lepas dah kacau sebati semua, guna penapis paling halus untuk tapis lagi sekali dan masukkan ke dalam jug untuk senang nak tuang dalam bekas plastik nanti.

3. Tuang adunan puding dalam bekas yang dah diisi gula karamel tadi. Tutup bekas dengan penutup, letak sahaja jangan tutup rapat. Kukus dengan api sederhana kecil dalam masa 15 minit. Cek kalau belum masak, tambah lagi 3-5 minit. Kalau guna kukus elektrik noxxa, kukus selama 18-20 minit. Siap.

Sumber: Cik Markonah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Rempeyek Asli Jawa Warisan Keluarga

Published

on

Assalamualaikum, saya ingin sedekah kan resepi rempeyek asli Jawa warisan keluarga saya. Di sini ape yang saya nyatakan 100% tanpa sembunyi kan ape-ape bahan mahu pon tips, ikutlah sepenuhnya. In Shaa Allah anda akan dapat hasilnya yang amat memuaskan hati. Saya halal resepi ni dikongsi atau untuk dibuat niaga.

Bahan-Bahan:

  • 1 kampit/500gm tepung beras (cap teratai) – Bukak siap-siap tuang dalam periuk.

Bahan Kisar:

  • 1 kotak kecil santan kara + 3 kotak air biasa (guna kotak santan yang same)
  • 2 biji telur
  • 7 biji buah keras
  • 5 biji bawang putih
  • Suku sudu kapur sirih (bukan air ya, nak kan kapurnya)
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 sudu besar Aji
  • Sejemput ikan bilis atau udang kering

Blend semua bahan sampai halus. Tips untuk dapat rempeyek yang cerah. Blend kering asing rempah dibawah.

Bahan Rempah:

  • 5 sudu besar ketumbar
  • 1 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar jintan putih

Blend halus nak separuh kasar pon boleh.

Cara Membuat:

Tuang semua bahan blend dalam periuk tepung dan gaul rata hingga sebati. Siap.

Di sini saya nyatakan tips-tips berdasarkan pengalaman dan kesilapan-kesilapan yang saya belajar disepanjang saya buat rempeyek ini;

1. Untuk tau rempeyek kita dah masak sepenuhnya, bila kita sirai tepi kuali, jatuhkan dalam minyak terus terbalikkan permukaan kacang dalam minyak biarkan dalam 3 minit (api tak leh besar, masak rempeyek slow and steady je untuk hasil yang terbaik).

2. Lepas tu balik semula, nak tau peyek kita dah masak sepenuhnya, lihat belakang permukaan yang tak de kacang. Warna dia mesti sekata, kalau disekeliling kacang masih berwarna cerah maknanya belum masak lagi. Angkat gorengan bila semua warna sekata, nak tau kacang kita dah masak ke belum, pastikan dah tak de buih-buih.

3. Untuk tips guna kacang hijau, hanya rendam semalaman, esoknya tapis dan lalukan air, toskan dah boleh guna.

4. Untuk kacang dal, rendam semalaman esoknya bilas. Rebus dalam 20 minit, bilas dengan air hingga hilang panas dia toskan, ok dah boleh guna. Ok dh siap.

Sumber: Nita Maira

Continue Reading
Advertisement

Trending