Connect with us

Ap Resepi

Petua Melembutkan Daging Tanpa Menggunakan Periuk Tekanan

Published

on

Bila dah rebus lama-lama tapi daging masih lagi tak lembut-lembut, mana silapnya?. Berikut beberapa petua dan tips supaya daging yang dimasak lembut dan tidak liat bagi pengguna dapur gas.

Guna Bahan Berasid

Rendam atau perap daging dalam jus lemon, limau, cuka, buttermilk atau yogurt. Rendam 30 minit sebelum dimasak, jangan perap terlalu lama kecuali anda ingin buat perapan BBQ yang dicampur dengan bahan lain yang memerlukan masa perapan 4 jam ke atas kerana asid boleh melemahkn struktur daging menyebabkan daging terlalu lembut dan lembik bila dimasak. Pastikan basuh bersih-bersih daging sebelum masak.

Buah Nenas

Caranya, kisar nenas. Kemudian, tambahkan sedikit bahan perapan bersama puri buah sebelum digaul bersama daging. Secara jujurnya saya suka gunakan nenas selain melembutkan daging ia juga memberi rasa yang sedap pada daging. Cuma jangan terlalu lama diperap takut daging terlebih lembut.

Serbuk Penaik

Daging perlu dipotong terlebih dahulu mengikut citarasa. Kemudian taburkan serbuk penaik (baking soda) dan gaul sebati. Perap selama 30 – 40 minit. Bilas bersih dengan air biasa sebelum dimasak.

Ketulan Ais

Caranya daging mesti direbus antara 20 – 30 minit, masukkan ketulan ais semasa air sedang menggelegak. Kemudian boleh masak dan campur bahan perasa seperti biasa.

Daun Betik Ataupun Betik Muda

Ambil beberapa tangkai daun betik dan masukkan ke dalam masakan. Biarkan sehingga daging menjadi lembut dan empuk lalu tutup api. Jika tiada daun betik, anda boleh gantikan dengan buah betik muda. Sebelum menggunakannya, anda perlu kupaskan kulitnya terlebih dahulu dan buang biji serta bersihkan lalu dimasukkan ke dalam masakan berasaskan daging.

Gula Batu

Satu lagi cara yang didapati berkesan untuk melembutkan daging adalah dengan menggunakan gula batu. Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging, ia menjimatkan masa untuk lembutkan daging.

Daun Nangka

Jika boleh mendapatkan daun nangka, keringkan getahnya. Kemudian ambil anggaran 4 – 6 helai daun dan masukkan ke dalam masakan. Ia dapat membantu melembutkan daging.

Buah Kurma

Masukkan buah kurma dalam rebusan daging. Sekilo daging 2 – 3 biji kurma. Daging akan menjadi lebih lembut dan manis. In Shaa Allah.

Potong Daging Dengan Cara Yang Betul

Caranya Potong daging secara melintang urat/lawan urat.Potong daging nipis-nipis. ELAKKAN memotong dalam ketulan yang tebal dan besar. Ketuk daging sampai jadi lembut/lumat pakai tukul besi masak. Baru masuk dalam periuk (cara Barat dan Arab).

Petua Tambahan:

Rebus sambil menutup periuk dan api perlahan. Kecuali guna teknik teknik rebusan 5 : 30 : 7.

PEMILIHAN Bahagian dan jenis daging juga main peranan contoh daging lama, daging tua, daging muda, daging sejuk beku, daging segar dan bahagian-bahagian daging antaranya sirloin, chuck, shank, round, brisket, flat dll.

Semoga memberi manfaat. Selamat mencuba. In Shaa Allah.

Sumber: Cham Osman

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending