Connect with us

Ap Resepi

Pedas Meleleh Air Hidung Resepi Sambal Tomato Jawa

Published

on

Cara penyediaannya cukup mudah dicuba dan tidak renyah. Resepi Sambal Tomato Jawa memerlukan bahan-bahan yang biasanya sudah ada di rumah, tak perlu susah-susah keluar ke pasar raya.

Buat sesetengah orang, tidak lengkap rasanya jika makan nasi tanpa sebarang sambal. Kalau kalian dah selalu makan sambal belacan, kali ini apa kata jom kita cuba resepi ini pula.

Resipi yang telah dikongsikan oleh Makcik Ratu ini juga dijamin dapat memikat hati sesiapa sahaja yang menjamahnya. Jadi, kalian jangan lupa cuba di rumah ya!

RESEPI SAMBAL TOMATO JAWA

Bahan-bahan:

  • 5 batang cili merah
  • 10 batang cili padi hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 tomato merah ranum (boleh juga guna 6 biji tomato ceri)
  • 1 ruas jari belacan
  • 1 sudu kecil gula (boleh juga guna gula perang)
  • Sedikit garam
  • Sebiji jus limau nipis

Cara-cara:

1. Potong kecil cili merah merah, cili padi hijau, bawang merah dan tomato. Kemudian tumis dalam kuali dengan sedikit minyak sehingga agak layu.

2. Selepas itu, boleh diangkat dan lenyek menggunakan lesung.

3. Tambahkan belacan, gula, garam dan perahan 1 biji jus limau nipis.

Siap, selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending