Connect with us

Resepi

Pasta Macaroni Goreng Hidangan Mudah Dan Sedap

Published

on

Pasta Macaroni goreng kaya dengan rasa yang ni zie buat untuk jamuan raya di sekolah anak beberarapa hari lepas. Raya tinggal beberapa hari lagi yang mana nak buat open house boleh lah cuba menu ni. Sangat mudah dan pasti antara menu yang terawal habis.

Bahan-Bahan:

1 bungkus macaroni – Direbus dalam air mendidih dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Macaroni hampir lembut terus angkat, toskan dan lalukam dibawah air mengalir supaya macaroni tidak terlebih masak.

Bahan Perencah:

  • 1/2 cawan kecil Marjerin SERI PELANGI
  • 2 biji bawang holland dihiris dadu
  • 1 biji tomato saiz besar hiris kecil2
  • 3 sudu besar cili kisar/ciliboh (atau ikut pedas disukai)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 mangkuk kecil isi ayam dihiris kecil-kecil
  • 1 peket hotdong dihiris
  • 2 bungkus kecil fishball dibelah dua
  • 3 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
  • 1 biji cupsicum merah dihiris dadu
  • 1 biji cupsicum hijau dihiris dadu
  • 1 biji cupsicum kuning dihiris dadu
  • Garam, gula secukup rasa dan Air secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali dan cairkan Marjerin SERI PELANGI. Masukkan bawang lalu tumis hingga layu. Masukkan cili kisar tumis lagi hingga terbit bau.

2. Masukkan pula tomato dan tumis hingga tomato hancur. Masukkan sos tiram, sos cili, kiub pati ayam, garam gula secukup rasa dan kacau sebati.

3. Masukkan isi ayam, hotdong, fishball dan biarkan ayam masak. Akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus, kacau hingga sebati siap dan sedia dihidang.

Sumber: Aisyah Humaira

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tip Dan Petua Untuk Lauk Frozen Supaya Tahan Lama

Published

on

Alhamdulillah siap lauk frozen untuk suami yang akan ditinggalkan 8 hari nanti. Disebabkan saya tersangatlah risau kalau dia tak makan sebab dia ada sakit yang tak boleh kalau tak makan. Dan buat pertama kalinya tinggal dia. Sebab tahu kalau dia sorang kat rumah memang takkan makan kat luar.

Jadi solution untuk tak nak risau dia tak makan, saya ambil ilmu sikit dari group masakan. Berbekalkan lauk frozen untuk 8 hari. Harap sedap dan kekal bertenaga lah suami saya tanpa saya disisi. Terima kasih semua yang kongsi tips untuk LAUK FROZEN. Halalkan ilmu yang saya gunakan ya.

  • Ayam masak sambal
  • Rendang ayam
  • Ayam masak kicap berempah
  • Kari sardin
  • Ikan masak sambal
  • Ikan masak lemak

Petua atau Tips Untuk Lauk Frozen:

1. Masak macam biasa je lauk tu semua. Frozen di sini bukan maksudnya lauk tak habis kita simpan ya, memang akan lari rase lauk tu. Kita frozenkan lauk yang baru siap dimasak.

2. Lebihkan minyak masak sebelum mula menumis.

3. Kalau ada asam keping, letak asam keping (optional) supaya lauk lebih tahan lama.

4. Masak macam biasa sampai pecah minyak. Biarkan sejuk baru masuk bekas. Kalau ada yang nak letak sayur atau any daun (kesum, kunyit, sup & dll) boleh letak waktu last masa dah tutup api. Jadi nanti bila panaskan tak kecut awal daun-daun yang kita buh tu. Make sure semua dah naik minyak baru letak dalam freezer. Masa lauk tengah panas atau suam jangan masuk lagi tau.

5. Once dah defrost, tak boleh dibekukan lagi. Boleh mengundang bakteria.

6. Masak dan bahagikan dalam bekas untuk sekali makan sahaja. Tutup bekas bila makanan dah betul-betul sejuk dan bekukan dalam peti sejuk.

7. Boleh tahan up to 6 bulan kalau betul cara penyimpanan.

Cara Saya Panaskan Lauk Frozen:

Defrost then masuk microwave for 3-5 minit. If takde microwave, guna kaedah kukus/hangatkan balik dalam kuali api kecil ya. So takkan berubah rasa instead of kita goreng or masak semula dalam kuali.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurfarahin Mazlan

Continue Reading
Advertisement

Trending