Connect with us

Tips Dan Petua

Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Resipi Legend Ini Memang Sedap Lain Macam

Published

on

Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Resipi Legend Ini Memang Sedap Lain Macam

Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsi resipi nasi goreng orang dulu-dulu. Walaupun cara memasaknya cukup ringkas, kesedapannya sangat luar biasa.

Resipi ini menggunakan bahan asas seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, ikan bilis, isi ikan dan beberapa bahan lain. Jadi, sesiapa sahaja boleh mencubanya.

Jika anda ingin merasai kelazatan nasi goreng legend ini, lihat resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

RESEPI NASI GORENG LEGEND

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-6 biji cili kering (direbus)
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 cawan isi ikan goreng (seperti ikan selar atau ikan kembung)
  • 2 cawan nasi putih sejuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering yang direbus dan ikan bilis sehingga halus. Jika ada lesung, gunakan lesung batu untuk rasa yang lebih asli.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Tambahkan nasi putih sejuk ke dalam kuali. Kacau rata hingga semua bahan tercampur dengan nasi.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
  5. Masukkan isi ikan goreng dan kacau perlahan-lahan agar isi ikan tidak hancur.
  6. Setelah semua bahan mesra dan nasi panas, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi: Shamshinar Mohd Darus

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Nasi Minyak Hujan Panas Dengan Khemok Daging

Published

on

Cara Buat Nasi Minyak Hujan Panas Dengan Khemok Daging

Alhamdulillah. Nasi Minyak Hujan Panas makan dengan daging tulang khemok (kurma Terengganu) serta ayam goreng, acar nenas dan sambal belacan.

Bahan Nasi Minyak Hujan Panas:

  • Beras Basmathi Jasmin Parboil 6 pot (1.2 kg ++). Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
  • Kismis hitam 2 kotak
  • Susu cair 1/2 tin
  • Sos tomato del monte 4 sb
  • Garam
  • Pewarna kuning telur 1 sb dan pewarna merah 1 sb
  • Halia 2 inci (dihiris nipis/diketuk)
  • Kiub ayam 1 kiub
  • Daun ketumbar (habis stok jadi abam dok letak)

Bahan Untuk Tumisan:

  • Rempah 4 sekawan
  • Bwg besar 1 biji dimayang
  • Bwg putih 2 ulas dimayang
  • Daun pandan 4 helai disimpul
  • Minyak masak
  • Minyak sapi
  • Serai 1 btg (optional)

Cara Membuat:

1. Panaskan periuk elektrik, masukkan minyak masak dan minyak sapi. Tumis sampai naik baunya, masukkan semua bahan tumis dan tumis sampai wangi. Masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras, bila air dah mendidih baru masukkan beras yang ditoskan. Gaul rata.

2. Seterusnya, masukkan air. Kalau beras jasmin parboil ni yang telah direndam, sukatan air dengan beras, air paras-paras beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk). Masukkan halia, masukkan susu cair, sos tomato dan kiub ayam. Kacau rata.

3. Bila dah masak nasi tu, masukkan biji kismis. Bila nasi dah kering, buat lubang kat nasi tu. Masukkan pewarna, biarkan lagi 20 minit. Balik-balikkan nasi tadi, tunggu 15 minit lagi untuk nasi masak dan kering sepenuhnya. Siap.

Bahan Khemok Daging:

  • Daging 1 kg
  • Daging tulang 1 kg
  • Susu cair 1/2 tin
  • Gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Kentang 2 biji (dipotong)
  • Bahan Perapan Daging:
  • Bwg besar 2 biji
  • Bwg merah 8 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Bwg goreng 2 cwn

Bahan di atas dikisar halus.

  • Rempah khemok 5 sb (beli yang timbang)
  • Rempah masak cap bunga ros 1 sb & rempah gulai 1 sb
  • Sos tomato del monte 4 sb
  • Susu cair 1/2 tin
  • Biji badam 4 biji disangai dan ditumbuk halus. Masuk dalam perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah kita.

Semua bahan di atas disatukan dan diperap dengan daging dalam 30 minit.

Bahan Tumisan:

  • Bwg besar 1 biji dimayang
  • Daun pandan 2 helai disimpul
  • Rempah 4 skwan
  • Cili boh 4 sb
  • Serai 2 batang diketuk (optional, tak suka tak payah letak)
  • Minyak masak

Cara Membuatnya:

1. Tumiskan bahan tumisan hingga wangi dan sampai pecah minyak. Msukkan daging yang diperap tadi, tutup periuk. Biar keluar semua air daging dan rempah sebati. Msukkan 3 cawan air, renihkan daging dengan api sederhana.

2. Masukkan gula melaka, garam, secukup rasa dan masak sampai daging empuk. Jika daging belum empuk tambah air dan susu cair. Masak sampai kuahnya jadi pekat (boleh tambah air jika terlalu pekat). Siap untuk dihidangkan.

Bahan Acar Nenas:

  • Nenas 1 biji dikupas kulitnya dan dipotong nipis
  • Gula melaka 1/2 keping
  • Cuka makan 4 sb
  • Air 1 cwn
  • Cili boh 3 sb
  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya: Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan, masukkan air sampai mendidih masukkan gula melaka. Bila pekat sikit masukkan cuka dan garam, tutup api. Bila dah sejuk, masukkan nenas. Siap.
Resipi Nasi Minyak Hujan Panas Dengan Khemok Daging

Bahan Sambal Belacan:

  • Cili besar merah 4 biji
  • Cili padi 20 biji
  • Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi)
  • Limau kasturi 1 biji dibuang biji
  • Garam
  • Gula
  • Pes Asam jawa 1/2 sudu
  • Limau nipis 1 biji

Cara Membuatnya: Semua bahan dikisar kecuali limau nipis, air sedang-sedang jangan terlalu sedikit atau banyak. Kisar jangan terlalu halus. Keluarkan dan perah limau nipis, rasa secukup rasa. Siap.

Selamat mencuba!

Resepi Oleh: Muliadi Ramli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending