Connect with us

Ap Resepi

Mudah Rupanya Buat Chocolate Truffles Style Mr. Ali Sedap Bila Makan Sejuk

Published

on

Walaupun hanya guna lima bahan sahaja, tapi rasa dan rupanya kelihatan seakan coklat mewah yang premium tau. Bagi penggemar coklat, resepi Chocolate Truffles ini sememangnya patut dicuba.

Ia seringkali dianggap sebagai makanan pencuci mulut atau hadiah coklat yang mewah karena kelembutan dan rasa kaya coklatnya.

Ada pelbagai versi rasa dan jenis coklat truffle, termasuk dark chocolate, milk chocolate, white chocolate, dan truffle dengan tambahan rasa seperti mint, kopi, atau buah-buahan.

Memang kalau masuk dalam mulut itu, memang cair lah coklat yang kita makan. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita ikuti perkongsian Muhammada Ali ini bersama.

RESEPI CHOCOLATE TRUFFLE STYLE MR. ALI

Bahan-bahan:

  • 600g dark chocolate/nak manis boleh pakai milk
  • 300g dairy whipping cream
  • 1 sudu makan butter
  • 2 sudu makan madu
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan whipping cream sampai naik wap atau mendidih kecil di sekeliling pan (simmering).

2. Matikan api dan masukan kesemua bahan.

3. Kacau sebati dan tuang kedalam loyang 8 inci.

4. Sejukkan semalaman dan boleh makan.

5. Tahan 4-5 hari dalam peti.

Selamat mencuba.

Sumber: Muhammad Ali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending