Connect with us

Tips Dan Petua

Mesin Basuh Kotor, Pakaian Habis Berhabuk! Ini Cara Paling Berkesan Untuk Cuci,Hanya Guna 1 Bahan Tak Sampai RM5

Published

on

Mesin Basuh Kotor, Pakaian Habis Berhabuk! Ini Cara Paling Berkesan Untuk Cuci,Hanya Guna 1 Bahan Tak Sampai RM5

Bagi anda yang memiliki mesin basuh, pastinya anda akan perasan kotoran seperti tisu berderai di dalam mesin basuh anda dan ada kalanya melekat di baju yang sudah dicuci.

Itulah kotoran yang terdapat dalam mesin basuh anda. Bagi menghilangkannya, anda perlu mencuci ‘drum’ mesin basuh. Untuk membersihkannya, anda terpaksa berbelanja dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar jika mahu membersihkannya kerana terdapat solusi lain yang lebih menjimatkan.

Tak sampai RM 5! Namun ianya sangat berkesan. Bukan itu sahaja, kaedah terbaharu ini juga amat mudah untuk dilakukan.

Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di Eco Shop. Bagi yang baru pertama kali mahu membasuh mesin basuh, anda disaran untuk menggunakan 2 paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ yang hanya berharga RM4.80 bagi kedua-duanya.

Apa yang perlu anda buat adalah:

  • Rendam mesin basuh anda semalaman dan masukkan serbuk pencuci yang telah dibeli tadi.
  • Pada keesokan harinya, anda dapat melihat habuk-habuk berkeladak terapung.

  • Keluarkan habuk-habuk tersebut dengan gayung.
  • Masukkan air sekali lagi dan spin untuk menghilangkan habuk-habuk kecil yang masih tertinggal.

Penggunaan serbuk pencuci ini sememangnya berkesan. Ramai yang sudah mencubanya.

Lakukan setiap 3 bulan sekali.

Selamat Mencuba.

Sumber : keluarga

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending