Connect with us

Resepi

Menu Petang Resepi Cucur Jagung Yang Sedap

Published

on

Boleh cuba buat nanti untuk minum petang dengan menggunakan resepi cucur jagung yang telah dikongsikan oleh Zaidah Md Daud di bawah.

Makan cucur jagung manis pada waktu petang memang sedap! Apatah lagi jika menggunakan jagung yang segar. Buat satu pinggan, confirm licin habis!

RESEPI CUCUR JAGUNG MANIS

Bahan-bahan:

  • Udang putih
  • Daun kucai
  • Jagung
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Air suam
  • Garam
  • Secubit gula
  • Bahan perasa (jika suka)
  • Tepung gandum

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan seperti udang, daun kucai, jagung, bawang merah dan cili merah. Gaul rata.

2. Tuang air suam, kemudian tambah garam, secubit gula dan bahan perasa jika suka. Kacau hingga sebati.

3. Tambahkan tepung gandum secara perlahan sehingga adunan pekat sederhana.

4. Untuk rasa yang lebih sedap, lebihkan bahan berbanding tepung.

5. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu senduk adunan dan tuang ke dalam minyak. Goreng hingga garing dan kekuningan.

6. Ulang sehingga semua adunan habis.

7. Angkat cucur dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap minyak. Hidangkan panas, sedap dimakan begitu sahaja atau dengan sos.

RESEPI SOS PENCICAH

Bahan-bahan:

  • 3 ulas cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit garam
  • Gula (lebihkan sedikit supaya sos pencicah ada rasa manis)
  • Cuka
  • Air suam

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan hingga halus. Sesuaikan rasa masam, manis dan masin mengikut selera.

2. Panaskan sos cili dalam kuali sebentar.

3. Sos pencicah siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba.

Sumber: Zaidah Md Daud

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Siap Tambah Nasi Resepi Ayam Masak Burma Kuah Padu

Published

on

Lebih kurang sama seperti masakan kari dan rendang, cuma resepi ayam masak burma hidangan lauk ini tak menggunakan santan untuk membuatnya.

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang ayam masak burma dan belum pernah membuatnya sebelum ini, kami nak kongsikan resipi menarik untuk anda cuba di rumah.

Seperti perkongsian ayam masak burma oleh Aziah Nima di Facebook, lauk ini sangat mudah dan ringkas serta sesuai dimakan dengan apa pun yang disukai.

RESEPI AYAM MASAK BURMA

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (nak seekor pun terpulanglah, boleh tambah lagi bahan kisar)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Daun pudina (ikut suka nak letak banyak mana)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau 6)
  • 1 biji kentang
  • Garam atau gula secukup rasa (saya tak letak gula)
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (pandailah agak-agak saja)
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (jika taknak pedas, boleh kurangkan, saya tak kisar sebab anak tak makan pedas, jadi saya letak sebiji-sebiji jika nak pedas biasa saja)
  • 2 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ayam ikut suka, basuh dan toskannya.

2. Kemudian, perap ayam dengan sos tiram dan serbuk kunyit selama 10 minit atau setengah jam.

3. Sementara itu, tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan serbuk kari, kiub ayam dan tumis sekejap.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan biarkan ayam sedikit kecut.

6. Selanjutnya, masukkan kentang dan air (agak-agak saja, jangan cair sangat).

7. Apabila kentang sudah empuk dan ayam agak-agak nak masak, masukkan tomato dan daun pudina.

8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula, kemudian renehkan kejap dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan bersama nasi putih, Ayam Masak Burma juga merupakan salah satu lauk untuk dinikmati dengan pulut kuning. Jika makan dengan roti jala, lagilah bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Aziah Nima

Continue Reading
Advertisement

Trending