Connect with us

Ap Resepi

Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Versi Thai Memang Sedap

Published

on

Bau yang harum semasa menggoreng benar-benar menggugat iman! Isi ikan yang pejal, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, dijamin tak akan jemu makan. Tunggu apa lagi, jom cuba resepi di bawah!

Ikan selayang rebus goreng adalah lauk kampung yang ringkas tetapi sangat enak dan pasti membuka selera. Goreng sampai garing dan nikmati dengan nasi putih panas. Cicah pula dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi sedap!

RESEPI IKAN SELAYANG REBUS GORENG

Bahan-bahan rebus:

  • 15-20 ekor ikan selayang
  • 2 ketul nise kerek
  • 6 batang serai
  • 1/2 sudu garam
  • 6 ulas bawang putih
  • Segenggam asam keping
  • 15 helai limau purut
  • Air (secukupnya)

Bahan-bahan menggoreng:

  • Bawang besar (secukupnya)
  • Asam limau (secukupnya)

Cara-cara:

1. Sediakan 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, segenggam asam keping dan 15 helai limau purut ke dalam periuk.

2. Masukkan ikan ke dalam periuk. Boleh tambah cili jika suka. Tambahkan air hingga paras yang sama dengan ketinggian ikan.

3. Rebus bahan-bahan selama setengah jam dengan api kecil. Rasa kuah jika terlalu masin atau manis, tambahkan air panas. Ikan rebus akan menjadi lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk untuk jangka waktu yang lebih lama.

4. Untuk menggoreng, keluarkan ikan dari peti sejuk dan panaskan. Untuk rasa yang lebih sedap, goreng ikan hingga garing dengan menggunakan api perlahan. Pastikan tudung periuk ditutup semasa menggoreng untuk mengelakkan percikan minyak.

5. Goreng juga bawang besar bersama ikan dan setelah masak, perah asam limau ke atasnya.

Selamat mencuba.

Sumber: Senok Perut

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Resepi Agar-Agar Sirap Santan Lazat Dihidangkan Sejuk

Published

on

Harini, hakak nak share resepi mudah tapi sangat sedap. Hakak menggunakan santan Ayam Brand yang menjadikan masakan pencuci mulut terasa lebih pekat dan lemak. Terasa manis kelapa yang menyelerakan!. Jom cuba resepi ni, korang pasti suka!.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket/10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 200 ml santan Ayam Brand
  • 2 biji telur ayam
  • secubit garam
  • pewarna perisa ros
  • daun pandan, simpulkan

Cara Membuat:

1. Masukkan air bersama gula, pewarna merah perisa rose, serbuk agar-agar dan daun pandan, kacau rata.

2. Seterusnya masak hingga mendidih. Kemudian keluarkan daun pandan.

3. Kocok santan bersama telur dan secubit garam. Kecilkan api dan masukkan campuran santan.

4. Kacau perlahan dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. Kemudian tutup api.

5. Basahkan loyang, tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Hidangkan sejuk!

Sumber: Kuali Helena

Continue Reading
Advertisement

Trending