Connect with us

Ap Resepi

Masakan Kelantan Resepi Kerabu Timun Bersantan Memang Memukau

Published

on

Bahan asas Resepi Kerabu Timun Bersantan yang perlu digunakan juga sangat ringkas. Kalian hanya memerlukan timun yang disagat, kemudian dicampur dengan bawang merah, lada hitam, kelapa parut dan isi ikan yang telah ditumbuk.

Sajian kerabu timun bersantan yang telah dikongsikan oleh saudari Izlyana Ell ini merupakan menu yang berasal dari Kelantan.

Kalau nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, mari sama-sama baca resepi lengkap di bawah.

RESEPI KERABU TIMUN BERSANTAN

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Kelapa parut goreng
  • Isi ikan selayang (sardin) yang sudah direbus
  • Timun batang yang disagat
  • Santan
  • Cili padi
  • Garam
  • Sedikit gula (jika suka)
  • Limau nipis

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang merah, lada hitam, kelapa parut goreng dan isi ikan yang sudah direbus. Jika guna lada hitam serbuk, letak dan gaul selepas bahan lain siap ditumbuk.

2. Kemudian campur bahan tumbuk dengan timun yang sudah disagat.

3. Masukkan pula santan yang sudah dipanaskan sekejap. Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka. Perahkan juga asam limau nipis. Gaul semuanya sehingga bercampur rata.

4. Boleh pelbagaikan untuk lebih sedap. Boleh tambahkan perut rebus/kerang atau pucuk paku, tauge dan kacang panjang.

Selamat mencuba.

Sumber: Izlyana Ell

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending