Connect with us

Ap Resepi

Masak Sendiri Resepi Char Kuey Teow Rasa Pun Sedap Makan Puas

Published

on

Resepi Char Kuey Teow ini dikongsikan oleh Liza Idris di Facebook yang hasil kuahnya sangat pekat dan memikat selera. Jom kita cuba!

Sering pesan di kedai makan saja, kali ini kami nak ajak anda untuk cuba masak resepi yang sungguh sedap dan pasti memuaskan.

Resepi Char Kuey Teow

Bahan-bahan kuah (anggaran lebih 10 pinggan):

  • 10 hingga 15 ekor udang
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1½ kiub pati ikan bilis
  • 10 sudu besar kicap biasa
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar petis udang
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam (jika perlu)

Bahan-bahan menggoreng:

  • 1 paket kuey teow halus
  • Telur
  • Tauge
  • Daun kucai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian simpan dulu jangan guna lagi.

2. Campurkan saki baki bawang dalam mesin pengisar dengan air, kocak dan tuang dalam periuk, kemudian didihkan bersama 5 cawan air.

3. Selepas itu, rebus udang dalam 5 hingga 10 minit dan angkat udang yang sudah direbus, kemudian ketepikan air rebusan udang terlebih dahulu.

4. Asingkan bahagian kepala udang yang sudah direbus dan kisar bersama sedikit air rebusan tadi (saya ambil 10 ekor kepala udang).

5. Tapis untuk dapat pati udang sejati dan campurkan pati udang ke dalam air rebusan itu semula, kemudian ketepikanterlebih dahulu.

6. Bagi menyediakan kuah, panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar.

7. Setelah naik bau, masuk cili kering kisar dan kacau sebati sampai pecah minyak.

8. Seterusnya, masuk pula kicap biasa dan kacau lagi.

9. Kemudian, letak pula sos tiram bersama sos tomato dan kacau lagi sekali.

10. Setelah pecah minyak elok, tuang saja air rebusan udang dan wajib kacau.

11. Letak pati ikan bilis, sos ikan, gula dan garam (jika perlu).

12. Akhir sekali, masukkan petis udang supaya rasa lebih memikat dan biarkan kuah sejuk dalam bekas.

13. Bagi menggoreng char kway teow (dalam masa 3 minit saja, kena laju), panaskan minyak masak dalam 4 sudu dan masukkan 2 ekor udang yang sudah direbus tadi, kemudian laraskan api paling kuat.

14. Simbah 4 senduk saiz sederhana kuah char kway teow (kena pandai selaraskan ikut saiz senduk, hati-hati api naik tinggi tapi dapat rasa pengalaman menggoreng seperti di kedai makan).

15. Masukkan segenggam kway teow, tauge dan daun kucai, kemudian pecahkan sebiji telur dalam kuali dan perlahankan api. Kacau telur sekejap saja dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Jarang dapat makan hidangan berkuah pekat di kedai makan tapi dengan resepi Char Kuey Teow ini, anda dapat nikmatinya dengan lebih puas hati.

Selamat mencuba.

Sumber: Liza Idris

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending