Connect with us

Ap Resepi

Lembut Padat Dan Mudah Kukus Tanpa Acuan Resepi Tauhu Bergedil Berlauk

Published

on

Tanpa menggunakan acuan, anda sudah boleh menghasilkan tauhu bergedil berlauk yang lembut dan padat. Resepi tauhu bergedil berlauk ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba.

Cicah pula dengan sambal kicap padu, memang lagi terangkat dibuatnya! Jom follow resepi lengkap perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah.

RESEPI TAUHU BERGEDIL BERLAUK

Bahan kisar:

  • 3 keping tauhu petak biasa
  • 3 batang tauhu telur
  • 2-3 biji kentang dihiris dan digoreng terlebih dahulu
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Suku gelas air

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan di atas hingga lumat (boleh juga kisar separuh-separuh dan satukan semua setelah siap).

Bahan sayur dan isi:

  • 1 mangkuk isi ayam bahagian dada dicincang lumat (ayam lebih baru sedap)
  • 3 biji telur
  • 3 tangkai daun bawang & daun sup dihiris
  • 1 biji lobak merah disagat dan hiris halus (optional)

Cara-cara:

1. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas besar yang tahan panas bersama semua bahan-bahan lain. Kacau sebati dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

2. Setelah sejuk, boleh potong kepada saiz yang kecil.

3. Cara menggorengnya pula, celup tauhu ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng dengan api sederhana sehingga perang. siap. Sedia dimakan bersama sambal cili kicap.

RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:

15 biji cili padi atau mengikut tahap kepedasan yang disukai
6 biji bawang putih

Cara-cara:

1. Goreng kedua-dua bahan di atas sehingga layu. Kemudian, kisar bersama kicap lemak manis. Siap!

Sumber: Aisyah Humaira

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending