Connect with us

Ap Resepi

Kuih Orang Lama Yang Sedap Tak Luput Dek Zaman Resepi Kuih Topi

Published

on

Kuih Topi sering menjadi pilihan sebagai kudapan di waktu pagi atau petang. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan walaupun anda tidak berpengalaman membuat kuih.

Resepi kuih ini atau nama modennya lebih dikenali sebagai kuih cucur adalah sejenis kuih tradisional yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Selain itu, resepi ini menggunakan sukatan untuk tujuan berniaga, jadi jika ingin membuat dalam kuantiti kecil anda boleh membahagikan bahan kepada separuh atau mengikut keperluan.

RESEPI KUIH TOPI

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum (disyorkan guna tepung cap Sauh)
  • 1kg gula
  • 1kg tepung beras
  • 1 sudu besar garam
  • 2500ml air

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Pastikan anda mencampur dengan baik sehingga tiada ketulan dalam adunan. Jika anda rajin, boleh gunakan pengisar untuk mendapatkan tekstur adunan yang lebih halus.

2. Setelah adunan sebati, tutup rapat bekas bancuhan supaya tidak dimasuki semut.

3. Biarkan adunan ini selama semalaman pada suhu bilik. Sebagai contoh, bancuh pada pukul 10 malam dan ia akan sedia untuk digoreng pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

4. Panaskan minyak dalam kuali bersaiz kecil (lebih kurang 8 inci). Gunakan satu senduk minyak untuk setiap kuih.

5. Dengan api sederhana, tuangkan bancuhan tepung ke dalam kuali.

6. Perhatikan apabila bahagian tepi mula menghasilkan corak seperti “lava putih.” Ini menandakan kuih telah masak di satu bahagian.

7. Balikkan kuih dengan berhati-hati dan goreng sehingga kedua-dua bahagian keperangan. Kuih yang siap akan kelihatan seperti topi kecil.

Tips Tambahan:

Bancuhan yang sempurna adalah kunci untuk mendapatkan kuih topi yang cantik dengan bahagian tepi yang rangup.
Jangan gunakan api terlalu besar untuk mengelakkan kuih hangus di luar tetapi tidak masak di dalam.

Sumber: Siti Qeesyara Salleh 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending