Connect with us

Ap Resepi

Kuah Pekat Guna Ikan Parang Boleh Cuba Resepi Laksa Johor Asli

Published

on

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa resepi laksa Johor menggunakan spageti berbanding negeri yang biasanya menggunakan laksa dari tepung beras. Ada sumber mengatakan ia kerana pengaruh kerabat Johor yang berasal dari Barat.

Peminat laksa wajib cuba resepi ini pula. Laksa ini sedikit berbeza dengan laksa negeri lain kerana menggunakan spageti. Yang penting, rasanya sedap dan pasti dapat memikat hati sesiapa saja.

Jika ada yang teringin mahu mencubanya, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Zalifah Hj Denan di bawah. Selamat mencuba!

RESEPI LAKSA JOHOR

Bahan-bahan kisar:

  • Sebiji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 batang serai
  • 8 tangkai cili kering
  • Kisar semua bahan-bahan di atas. Ketepikan.

Bahan-bahan lain:

  • Setengah ekor ikan parang/tenggiri
  • Halia
  • Bawang putih
  • Kerisi (setengah biji kelapa)
  • Santan (setengah biji kelapa)
  • Udang kering setengah genggam
  • Rempat kari 4 sudu besar

Cara memasak:

1. Rebus ikan dengan halia dan bawang putih. Kalau guna ikan parang, kuah lagi pekat dan sedap. Tapi boleh juga ganti dengan ikan kembur/selar/selayang. (Jangan buang air rebusan)

2. Selesai rebus, buang tulang ikan dan kisar isinya menggunakan air rebusan tadi. Tulang ikan pula dikisar asing dan tapis ambil airnya untuk buat kuah.

3. Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga naik minyak. Kemudian masukkan rempah kari yang sudah dibancuh terlebih dahulu.

4. Seterusnya masukkan pula isi ikan dan udang kering (tumbuk). Kacau dan tunggu sehingga mendidih.

5. Kemudian, masukkan kerisik dan santan. Biarkan lagi sehingga mendidih.

6. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa beserta sekeping asam keping.

7. Masak guna api kecil kecuali semasa menumis supaya mesra rasanya.

8. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan di bawah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan sampingan:

  • Timun
  • Daun kesum+daun selasih
  • Bunga kantan
  • Lobak asin (wajib ada)
  • Tauge
  • Bawang besar
  • Sambal belacan
  • Limau kasturi

Sumber: Zalifah Hj Denan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending