Connect with us

Ap Resepi

Kuah Pekat Dan Lemak Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak Pasti Selera Dengan Nasi Panas

Published

on

Menurutnya Nurhayati Maleq, dia pernah melihat seorang chef menambah satu ‘bahan rahsia’ ke dalam asam pedas untuk menghasilkan kuah yang lebih lemak dan pekat rasanya. Nurhayati Maleq, berkongsi satu resepi asam pedas ikan jenahak yang padu dan lazat.

Dia pun terus mencuba teknik chef tersebut dan ternyata hasilnya sangat sedap! Jadi, jika anda ingin tahu apakah bahan itu, mari lihat resepi lengkap di bawah.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2
  • 4-5 helai daun limau purut (buang urat)
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 genggam asam gelugor
  • Air secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam secukupnya
  • Mushroom seasoning

Bahan kisar:

  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih
  • ½ inch lengkuas
  • 1½ kunyit hidup
  • 1 inch halia
  • 2 inch belacan bakar
  • 5 biji buah keras (bahan rahsia)

Cara memasak:

1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Jangan lupa kisar bersama buah keras (untuk buat kuah lebih pekat dan lemak).

2. Setelah naik bau dan pecah minyak bolehlah masukkan air, asam jawa dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Apabila sudah mendidih masukkan ikan jenahak, bunga kantan dan daun limau purut.

4. Biarkan ikan mendidih sekali lagi atau biar sehingga ikan masak. Kemudian masukkan kiub ikan bilis, tomato dan perisakan dengan garam dan mushroom seasoning.

5. Gaul rata dan siap untuk dihidang!

Tips: Nama pun asam pedas jadi lauk mestilah rasa masam dan pedas. Jangan takut-takut untuk letak asam jawa atau asam gelugor banyak.

Sumber: Nurhayati Maleq

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending