Connect with us

Resepi

Resepi Masak Sotong Kembang Agar Tak Liat Dan Lembut

Published

on

Sotong kembang ini sedikit berbeza dari sotong biasa kerana ia akan menjadi liat dan keras jika salah cara memasak. Resepi sambal sotong kembang sebenarnya sangat mudah untuk dibuat. Bahan tumisannya sama saja seperti membuat sambal udang dan sambal sotong biasa.

Oleh itu, mari kita sama-sama pelajari teknik dan tips memasak sambal sotong kembang agar lembut elok dan tidak keras.

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG DAN PETUA LEMBUT ELOK

“Dah lama tak masak sambal sotong kembang. Dulu mula-mula masak sotong ni, susahnya nak lembut. Satu hari tu, ternampak seorang pekerja di sebuah restoren sedang menggoreng sotong ni.

Lalu saya tanya beliau goreng sotong kembang tu nak masak apa. Katanya, sotong ni digoreng hingga kering airnya supaya jadi lembut bila masak sambal. Dalam hati berkata, patutla sambal sotong kembang kat kedai ni lembut dan sedap. Semenjak hari tu, saya pun mempraktikkan ilmu dari si tukang masak.

Moga Allah terus memberi pahala kepada si tukang masak tu apabila ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada saya dan orang lain.”

Cara-caranya:

1. Letak sedikit minyak dan goreng sotong kembang sehingga airnya kering supaya lembut apabila dimasak sambal nanti.

2. Dalam kuali lain, tuangkan minyak masak dan masukkan cili kering, bawang merah dan sedikit bawang putih yang sudah dikisar.

3. Tumis sehingga kering dan pecah minyak. Tuangkan juga air asam jawa, perisakan dengan gula dan garam, serta letakkan air.

4. Apabila sudah kering, baru masukkan sotong tadi. Biarkan seketika sehingga sambal bersalut pada sotong. Selamat mencuba!

Sumber: Hanim Hassan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Mee Kari Sedap, Lengkap Dengan Bahan Baru Ngamsoi

Published

on

Selalu bila teringin nak makan Mee Kari, nak beli susah cari, jadi belajar terus cara nak masak dari mak. Kelakar awal2 sebab pertama kali masak je terus menjadi, terkejut jugak. Cumanya waktu tu masak “sesimple” boleh je.

Tapi sekarang, kalau nak jamu orang, bahan kalau boleh, kena lah lengkap baru ngamsoi. Boleh dikira rutin jugak, bila “family” nak makan, mereka suruh masak. Sedap katanya, jom cuba.

Bahan Kuah Kari:

  • Ayam atau daging
  • Tauhu pelampung (goreng sekejap)
  • 2 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 sb udang kering (dikisar)
  • 10 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sb serbuk cili – optional (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 cawan air
  • 1 pc kiub pati ayam

Bahan lain:

  • Mee kuning (celur sekejap)
  • Fishball (goreng&hiris)
  • Fishcake (goreng&hiris)
  • Tauge
  • Daun sup (hiris)
  • Lada merah/ hijau (hiris)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur rebus- belah dua

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air

2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.

3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.

4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Sumber: Bunga Jua

Continue Reading
Advertisement

Trending