Connect with us

Ap Resepi

Kena Dengan Tekak Resepi Asli Thai Siakap Masak Tiga Rasa Sedap Sangat

Published

on

Orang Thai menyebutnya “Masak Pla Sam Rod”, manakala kita memanggilnya masakan Siakap Masak Tiga Rasa. Resepi autentik Thai ini diperoleh daripada orang Pattani.

Pernah rasa ikan siakap tiga rasa di restoran Thai? Kini anda boleh memasaknya sendiri di rumah dengan resepi asli Thailand yang mudah dan dijamin menjadi ini!

Gabungan rasa pedas, masam dan manis memang buat kita terangkat! Bayangkan kuah pekat likat itu disimbah di atas ikan siakap goreng yang garing. Fuhhh, memang padu!

Bahan-bahannya mudah didapati di pasar raya berdekatan. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ini dan rasai sendiri keenakan masakan tiga rasa asli Thai yang luar biasa!

RESEPI SIAKAP TIGA RASA ASLI THAILAND

Bahan kisar:

  • 7 biji bawang merah
  • 7 biji bawang putih
  • 3 inci lengkuas
  • 4 biji asam plum
  • 8 biji cili api
  • 8 biji cili merah

Bahan Lain:

  • Gula putih
  • 3 sb gula Thai
  • Sos ikan
  • 6 biji asam boi atau salted plum
  • 4 sb sos cili
  • 1 cawan air
  • Garam
  • 1 biji nanas, potong dadu

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan.

2. Tumis semua bahan kisar, masukkan air, asam boi dan nanas potong dadu.

3. Hiaskan dengan daun ketumbar.

4. Sedia untuk dicurahkan ke atas ikan siakap yang sudah digoreng garing.

Selamat mencuba.

Sumber: Mut Tam

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending