Connect with us

Ap Resepi

Kena Cuba Sedap Betul Resepi Kek Batik Cream Crackers

Published

on

Selalu orang buat kek batik guna biskut Marie kan. Tapi ternyata guna resepi biskut cream crackers hup seng lagi sedap, nak buat pun senang nak susun petak petak kalau biskut Marie kena pecahkan atau lenyek nak bagi mampat.

Anda wajib mencuba resepi ini kerana kami janji ia akan memudahkan anda dalam membuat kek batik ini.

RESEPI KEK BATIK CREAM CRACKERS

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ketul mentega (butter)
  • 1/2 tin susu pekat
  • Secawan Milo
  • 1 sudu kecil serbuk kopi segera (pilihan, untuk rasa yang lebih “kick”)
  • 1 bungkus biskut cream crackers Hup Seng
  • Serbuk Milo untuk taburan

Langkah Penyediaan:

1. Panaskan mentega dalam kuali menggunakan api kecil. Kacau hingga cair sepenuhnya untuk mengelakkan ia hangus.

2. Setelah cair, tutup api.

3. Masukkan susu pekat ke dalam mentega cair, diikuti dengan Milo. Jika anda mahu rasa kek yang lebih pekat, tambahkan sedikit serbuk kopi segera.

4. Kacau campuran ini hingga sebati dan pastikan tiada ketulan.

5. Sapukan sedikit adunan coklat di dasar loyang atau bekas pilihan anda. Ini untuk memastikan lapisan pertama biskut tidak bergerak. Saya cadangkan guna tupperware berbentuk segi empat kerana lebih mudah untuk menyusun biskut.

6. Susun biskut cream crackers sebagai lapisan pertama di atas adunan coklat. Pastikan biskut tersusun kemas.

7. Tuang adunan coklat secukupnya ke atas lapisan biskut dan ratakan dengan sudu atau spatula.

8. Ulang langkah ini: susun biskut, tuang adunan coklat, dan ratakan sehingga bekas penuh atau adunan habis.

9. Untuk lapisan terakhir, tuang lebihan adunan coklat setebal sekeping biskut.

10. Taburkan serbuk Milo di atas permukaan untuk menambah rasa dan tekstur.

11. Simpan kek batik dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau sehingga ia cukup mampat dan sejuk.

Selamat mencuba.

Sumber: Madam B

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending