Connect with us

Umum

Kayu balak jatuh dari lori menghempap kereta, berhampiran Sungai Udin, Jalan Merotai

Published

on

Kayu balak jatuh dari lori menghempap kereta, berhampiran Sungai Udin, Jalan Merotai

Sepasang suami isteri menempuh detik cemas apabila kenderaan dinaiki dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori di Jalan Merotai-Kalabakan, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pikap jenis Toyota Hilux dinaiki pasangan itu termasuk wanita sarat mengandung, mengalami kerosakan teruk.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.30 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan balak dipandu lelaki berumur 38 tahun dari arah jalan Kalabakan-Merotai menuju Log-Pond, manakala pasangan suami isteri masing-masing berumur 35 dan 31 tahun dari arah pusat bandar menuju ke Luasong.

“Sebatang kayu balak tiba-tiba terjatuh dari muatan lori dari arah bertentangan dan menghempap hadapan pikap terbabit.

“Kejadian menyebabkan bahagian hadapan pikap rosak teruk,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Jasmin berkata, pemandu lori dan pemandu Hilux tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, isteri pemandu Hilux yang sarat mengandung menerima rawatan di zon kuning Hospital Tawau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 kerana memandu tanpa kecermatan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Rakaman video berdurasi satu minit yang dikongsi seorang pengguna jalan raya memaparkan kejadian itu yang mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Published

on

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.

Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.

Cara buat lala masak pedas yang sedap

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk besar lala
  • 3 tangkai cili besar merah
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai -diketuk
  • Sos tiram
  • Serbuk Cukup Rasa

Cara membuat

1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.

2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.

3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.

4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.

5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.

6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.

7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.

Selamat mencuba

Sumber: Cik Puan Sarah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending