Connect with us

Tips Dan Petua

Kalau Tanam Pokok Pisang Di Rumah Ini Tip Penjagaan Kena Buat Supaya Hasil Pisang Lebat, Besar & Elok Buahnya

Published

on

Kalau Tanam Pokok Pisang Di Rumah Ini Tip Penjagaan Kena Buat Supaya Hasil Pisang Lebat, Besar & Elok Buahnya

Ramai yang tanam pokok pisang di rumah, ada yang tanam sepokok dan ada juga yang berpokok-pokok keliling rumah. Meskipun begitu ramai yang tak tahu cara penjagaan pokok pisang yang betul. Ada yang buat penjagaan ala kadar saja setakat siram.

Jika nak pokok pisang yang ditanam elok subur dan berbuah lebat, ikut tip yang dikongsi oleh Pengurus Ladang Pisang ini.

Tip Penjagaan Kena Buat Supaya Hasil Pisang Lebat

ARTIKEL LAIN : Cara Betul Tanam Pokok Labu Supaya Hasilkan Buah Yang Banyak & Saiznya Besar

1. Setiap pokok pisang hanya kekalkan 8 pelepah daun saja

2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan berat maksimum.

3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus menggunakan kertas. Gunakan stapler dan tutup sehingga hujung pisang.

4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai saja.

5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar saja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.

6. Apabila jantung pisang dipotong daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.

7. Apabila jantung telah keluar, hentikan pembajaan pada pokok bagi mengelakkan buah pisang mengkal atau keras, kualiti pisang akan jatuh.

Pembajaan

  • Mula menanam – letak penggalak akar dalam lubang sebelum mula menanam.
  • Selepas pokok 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
  • Setelah usia pokok 6-7 tabur baja buah 12:12:17:2
  • Kadar baja hanya segenggam atau 250 setiap pokok.

Merumput

Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput. Memadai hanya dengan meracun saja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di sekeliling pokok untuk elakkan pokok tumbang.

Untuk meracun, bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pastikan bancuhan dikacau sebati sebelum digunakan untuk dapatkan kesan maksimum.

Penyakit

Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat, sembur dengan bancuhan kapur pada seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

Tuai hasil

Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu dan kering.

Sumber : vanillakismis.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending