Connect with us

Tips Dan Petua

Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap, Lembut & Padat. Guna Udang Segar

Published

on

Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap, Lembut & Padat. Guna Udang Segar

Resepi cucur badak merupakan kuih tradisional orang Melayu yang sangat disukai ramai. Kuih cucur badak ini menggunakan ubi keledek sebagai bahan utamanya dan dimasukkan inti kelapa yang dimasak sedikit pedas macam kerisik.

Keenakan Kuih Cucur Badak terletak pada intinya. Jika enak inti dan cukup perisanya, maka sedaplah kuih tersebut. Goreng dan makan pula panas-panas. Memang cukup memberi nikmat buat penggemarnya.

Kuih ini sangat sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang. Untuk membuat cucur badak pastikan anda memakai ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana rasa ubi ini manis walaupun direbus sahaja.

Anda nak cuba masak Kuih Cucur Badak yang sangat sedap? Saudari Normani Mdsaad ada kongsikan resipinya.

RESIPI KUIH CUCUR BADAK YANG SEDAP

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Cucur Penyaram Supaya Menjadi Cantik. Kalau Tak Kembang Waktu Goreng Kena Tambah Bahan Ini

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat cara penyediaan kulit cucur badak ini bersama initinya. Buat sendiri lebih puas hati tau.

BAHAN-BAHAN INTI:

  • 1/2 kg udang kapas kecil
  • 2 biji kelapa parut – pastikan tidak terlalu tua
  • 20-25 tangkai cili kering
  • 5 batang serai
  • 5-6 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit kunyit hidup
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Garam, gula & serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kisar halus semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan juga kelapa parut.

2. Masak bahan kisar sekejap di atas api kemudian masukkan kelapa parut yang telah di kisar kering sekejap. (jangan kisar lama, kerana jika tekstur terlalu halus rasa kurang sedap)

3. Kacau dalam 5-10 minit kemudian masukkan udang. Kacau lagi hingga agak kering.

4. Tambahkan garam, gula dan perasa (kalau suka) mengikut selera masing-masing.

5. Kacau lagi inti hingga agak kering dan angkat. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam doh.

BAHAN DOH / KULIT CUCUR:

  • 1kg keledek manis – empunya resipi guna keledek pink
  • 2-3 cawan tepung gandum – jumlah ikut kesesuaian
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit keledek, potong kecil supaya cepat empuk bila rebus. Masukkan air sama paras dengan keledek. Jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.

2. Rebus keledek hingga air hampir kering. Angkat dan biar sejuk baru lenyekkan.

3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Bila sudah siap, bulatkan doh sama saiz.

4. Leperkan doh, masukkan inti dengan secukupnya dan bulatkan kembali.

5. Tabur sedikit tepung atas dulang @talam kemudian letak kuih yang siap dimasukkan inti. Ia bertujuan supaya doh kuih tidak melekat dan mudah untuk digoreng.

6. Panaskan minyak masak dan goreng menggunakan api sederhana hingga garing keemasan.

7. Kuih Cucur Badak sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Rahsia Buat Kuih Cik Mek Molek Yang ‘Jelita’ & Tip Tak Pecah Waktu Menggoreng

Kredit resipi & foto: Normani Mdsaad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending