Connect with us

Ap Resepi

Hidangan Seisi Keluarga Pancake Kaya Dan Nutella Yang Menyelerakan

Published

on

Biasanya, pancake ini boleh dimakan begitu saja. Kalau anda rajin, bolehlah buat kaya homemade atau kuah coklat untuk dimakan bersama pancake itu.

Kalau sarapan, buat pancake mini pun boleh juga. Nampak comel-comel je dan boleh dimakan dengan sekali suap saja.

Ikuti resepi penuh dari perkongsian Wo-aini Crafter. Anak-anak mesti teruja nak bersarapan nanti!

RESEPI PANCAKE MINI KAYA & NUTELLA

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh tepung kastard
  • Sedikit vanilla
  • 1 biji Telur gred A
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara penyediaan:

1. Campur ke semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.

2. Sapu sedikit mentega atau minyak di atas kuali yang dipanaskan. Guna senduk kecil untuk menuangkan adunan ke dalam kuali, membentuk penkek mini yang comel (saya guna sudu sukat besar). Jadi, semua saiz penkek sama saja bulatnya.

3. Biarkan ia berbuih di permukaan dan apabila muncul gelembung kecil, balikkan dan masak dari sisi yang lain sehingga kedua-dua sisi menjadi keemasan.

4. Selepas itu, angkat penkek dari kuali dan boleh letak inti kaya dan nutella. Nak letak inti lain pun boleh ikut citarasa masing-masing. Kemudian, kapitkan.

5. Ulang semula langkah diatas sehingga habis penkek yang sudah dibuat.
pancake mini

Tip tambahan: Jangan masak pancake sampai kering sangat. Nanti susah nak kapit.

Selamat mencuba.

Sumber: Adri Oppa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending