Connect with us

Tips Dan Petua

Guna Ikan Reject & Yakult Je, Lihatlah Pucuk Baru Durian Keluar Sampai Muntah-Muntah!

Published

on

Guna Ikan Reject & Yakult Je, Lihatlah Pucuk Baru Durian Keluar Sampai Muntah-Muntah!

Bajet kurang adakalanya kita kena ikhtiar guna sumber alternatif untuk suburkan pokok durian.

Salah satu alternatifnya adalah buat baja FAA ( Fish Amino Acid). Ada juga dijual jika ada bajet dan malas nak buat.

Cari ikan reject di pasar untuk buat MOL daripada ikan. Dulu pernah buat dan guna tapi kekangan masa.

Sebenarnya FAA ini sangat baik untuk pertumbuhan pokok durian dan tanaman lain. Cara membuatnya baja FAA:

Sediakan 3 bahan dibawah ni iaitu 1kg Ikan laut (sebaiknya ikan yang belakangnya warna hitam), 1kg gula merah (kisarkan) dan 1 botol Yakult.

Gaulkan kesemuanya dan peram dalam bekas dengan penutup tuala, jangan kedap udara. Maksudnya jika tutup rapat, kemungkinan ia akan meletup, jadi pastikan ada sedikit angin masuk.

Peraman selama 14-21 hari. Siap! patinya ditapis dan simpan dalam bekas lain.

Cara guna baja FAA: Nisbah campuran adalah 3ml mol ikan + 2 liter air tanpa klorin. Semburan pada daun, batang atau pada tanah.

Bagi yang baru nak tanam boleh sembur dalam lubang tempat nak tanam. Mudahkan? Cubalah hari ini, anda pasti akan teruja melihat kesan penggunaannya!

Kredit: Sobryz Zachary via Myinfoberita.blogspot.com,

Semoga bermanfaat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending