Connect with us

Resepi

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Guna Acuan Lompang Jadi Cantik

Published

on

Untuk menghasilkan saiznya yang kecil comel, anda boleh menggunakan acuan kuih lompang. Penggemar kek coklat wajib cuba resepi kek coklat cheese kukus versi mini ini.

Kek yang bersaiz kecil ini juga senang dimasak dan tidak mengambil masa yang lama untuk dikukus. Gas pun jimat!

Kalau ada yang mahu mencuba, ikuti saja resepi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nuralia Idayu di bawah. Selamat mencuba!

RESEPI KEK COKLAT CHEESE KUKUS

Bahan-bahan untuk kek:

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan fresh milk/susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat

Bahan-bahan untuk lapisan cheese:

  • 250gram cheese (sy guna brand Tatura)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3-4 sudu besar gula

Langkah membuat lapisan cheese:

  • Putarkan cheese sampai lembut
  • Masukkan telur tepung gandum dan gula
  • Pukul sehingga sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Ketepikan.

Langkah membuat kek:

1. Pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.

2. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak.

3. Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.

4. Masukkan susu segar dan air sedikit demi sedikit, gaul perlahan-lahan biar sebati, kemudian baru putar guna mixer.

5. Agihkan dalam bekas lompang untuk lapisan pertama (coklat), anggaran sukatan dalam 2 sudu besar. Kukus selama 5 minit.

6. Buka penutup pengukus, tuangkan lapisan kedua (cheese). Tak perlu angkat bekas dari pengukus. Sambung kukus selama 5 minit.

7. Tuangkan pula lapisan ketiga (coklat), sama juga tak perlu angkat dari bekas pengukus. Sambung kukus selama 20 minit.

8. Tutup api, sejukkan dulu kek, kemudian keluarkan dari lompang. Boleh hias mengikut cita rasa masing-masing.

Selamat mencuba.

Sumber: Nuralia Idayu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending